Siakap Keli

Lima PPS Dibuka, 274 Mangsa Dipindahkan Ekoran Banjir Kilat Di Taiping, Perak

IPOH, 5 Nov (Bernama) — Lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka yang menempatkan seramai 274 mangsa ekoran banjir kilat di sekitar Taiping sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata PPS berkenaan ialah Surau Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol, Masjid Batu 8 Bendang Siam dan Surau Kampung Perak.

“Mangsa berasal dari Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak, Kampung Changkat Ibol, Kampung Serapoh, Parit, Batu 8, Bendang Siam, Taiping, Changkat Ning, Taiping, Kampung Ulu Sepetang, Batu Kurau dan Kampung Jahang.

“Ada yang dipindahkan menggunakan bot dan lori sewaktu operasi sejak petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang, Taiping dekat sini dilanda banjir kilat.

Jurucakap JBPM Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.39 petang dan setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir kilat sedalam satu setengah kaki berpunca daripada hujan lebat yang melibatkan beberapa kawasan.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?