Siakap Keli
Gigit Ular Tedung Sampai Mati
Gambar: Newsweek

Patuk Tak Nak Lepas, Budak Lapan Tahun Nekad Gigit Ular Tedung Sampai Mati

Patuk Tak Nak Lepas, Budak Lapan Tahun Nekad Gigit Ular Tedung Sampai Mati

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan telah menggigit ular tedung yang menyerang lengannya hingga mati dalam kejadian di Chhattisgarh, Jashpur, India.

Memetik laporan Daily Mail, budak lelaki itu telah dipatuk ular tedung tersebut ketika dia sedang bermain di halaman rumahnya pada Isnin lalu.

“Ular itu melilit dan menggigit tangan saya. Serangan itu sangat menyakitkan. Disebabkan ular itu tidak berganjak apabila saya cuba melepaskannya, saya menggigitnya dengan kuat sebanyak dua kali,” jelasnya.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Kes dipatuk ular adalah perkara biasa di India. Satu kajian yang diterbitkan pada minggu lalu mendedahkan bahawa lebih 85% kematian akibat dipatuk ular yang direkodkan pada 2019 berlaku di India.

Sejurus selepas itu, ibu bapa budak itu telah membawanya ke pusat perubatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, doktor mendapati bahawa gigitan dari ular tedung tersebut tidak mengeluarkan sebarang racun.

“Budak itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan sembuh dengan cepat kerana gigitan daripada ular berbisa itu tidak mengeluarkan racun,” kata pakar kepada The New Indian Express.

Menurut pakar, gigitan kering selalunya diberikan oleh ular dewasa yang mempunyai kawalan penuh ke atas penyebaran racun dari kelenjar mereka.

Ular berbisa tersebut menggunakan racun untuk membunuh mangsanya.

Namun begitu, ia juga akan menggigit mangsanya untuk memberi amaran atau menakutkan haiwan dan bukan untuk membunuhnya, lapor Daily Mail.

Daerah Jashpur terkenal dengan aktiviti ular dan terdapat lebih 200 spesies ular yang hidup di kawasan tersebut.

Gambar: Unsplash

Sehubungan itu, satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa 51,000 daripada 63,000 orang mati akibat dipatuk ular pada 2019 adalah dari India.

Selain itu, penyelidik dari Universiti James Cook di Queensland berkata mereka tidak percaya dengan matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengurangkan jumlah kematian akibat dipatuk ular menjelang 2030 akan tercapai.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Hal ini kerana mereka juga menunjukkan akses yang lemah kepada antivenom di kawasan luar bandar.

Ketua kajian, Profesor Richard Franklin berkata “Intervensi untuk mendapatkan penghantaran antivenom yang lebih pantas perlu digabungkan dengan strategi pencegahan seperti peningkatan pendidikan dan pengukuhan sistem kesihatan di kawasan luar bandar.”

Kajian berkenaan diterbitkan dalam Nature Communications pada bulan lepas. Para penyelidik telah mengumpulkan data-data penting daripada dataset Global Burden of Disesase.

Dalam kajian tersebut, antara data yang dikumpulkan ialah nisbah kematian haiwan berbisa akibat ular mengikut lokasi, umur, jantina dan tahun.

Hasil daripada kajian mendedahkan bahawa majoriti kematian disebabkan racun ular berlaku di Asia Selatan.

Di India, empat kematian akibat dipatuk ular akan berlaku bagi setiap 100,000 orang, ianya jauh lebih tinggi daripada purata global 0.8.

Selain itu juga, negara Afrika menduduki tempat kedua, Nigeria pula mempunyai jumlah kematian terbanyak iaitu sebanyak 1,460.

Ekoran daripada itu, Profesor Franklin berkata, selepas gigitan ular berbisa berlaku, kebarangkalian kematian meningkat jika antivenom tidak diberikan dalam masa enam jam.

Di India, 90% gigitan ular datang daripada empat spesies iaitu The Krait, Russell’s Viper, The Sawscaled Viper dan The Indian Cobra, lapor Daily Mail.

Gambar: Pixabay

“Antivenom boleh digunakan untuk semua spesies ini, namun mencegah kematian akibat dipatuk ular bukan sahaja bergantung kepada antivenom tetapi diberikan ke pusat kesihatan kawasan luar bandar.”

“Ia penting untuk diberikan kepada mangsa yang mengalami komplikasi seperti kegagalan pernafasan atau kecederaan buah pinggang,” kata Profesor Franklin.

Walaupun 63,000 kes kematian masih lagi banyak, ia sebenarnya menunjukkan penurunan sebanyak 36% daripada jumlah kematian pada tahun 1990.

Namun begitu, para penyelidik meramalkan bahawa jumlah kematian dijangka akan melebihi 68,000 pada tahun 2050, disebabkan oleh peningkatan populasi.

“Kami meramalkan kematian akan terus menurun, tetapi tidak cukup untuk memenuhi matlamat WHO,” tulis para penyelidik dalam kajian mereka.

Menurutnya, pengumpulan data yang lebih baik harus diutamakan untuk membantu menyasarkan intervensi, meningkatkan anggaran beban dan memantau kemajuan.

Sumber: Daily Mail, The New Indian Express

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.