Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PDRM Sahkan Berlaku Insiden Kecoh Di Pusat Penamaan Calon PRU15 Di Tenom – KPN

Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (Pesuruhjaya Polis) Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sebuah kejadian rusuhan berlaku di Dewan DSP Antanom, Parlimen Tenom.

Kejadian difahamkan berlaku ekoran penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Datuk Peter Anthony dari parti itu, ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) yang bertugas.

Sumber: BERNAMA