Siakap Keli
Kredit Sinar Harian

Rani Kulup Curi Tumpuan, Laungan “Kipidap, Don’t Give Up” Riuhkan Port Dickson

Rani Kulup Curi Tumpuan, Laungan “Kipidap, Don’t Give Up” Riuhkan Port Dickson

Abdul Rani Kulup Abdullah telah dilihat berarak ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson sambil diiringi laungan ‘kipidap, don’t give up’, lapor Sinar Harian.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Rani Kulup atau ayah merupakan aktivis sosial berusia 67 tahun. Beliau telah hadir ke kompleks tersebut dengan berpakaian segak seperti pahlawan Melayu berwarna merah dan tiba pada jam 8.50 pagi ditemani oleh 50 orang penyokongnya.

Seorang penyokong beliau telah bertindak menjerit kepada media tempatan dan mengatakan bahawa ayah sudah menang di media sosial.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Beliau dilaporkan bakal bertanding atas tiket Bebas selepas pendaftaran bagi Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) itu tidak diterima oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menurut beliau lagi, keputusan untuk terus bertanding adalah arahan daripada pihak pengurusan BPN sendiri.

“Jadi ayah terpaksa bertanding sebagai calon Bebas dan menggunakan logo pen.

“Misi dan matlamat ayah untuk bertanding di sini, tetap sama seperti mana yang ayah pernah beritahu pada sidang akhbar sebelum ini, cuma bezanya ayah bertanding Bebas, “katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon pada pagi tadi.

Kredit Sinar Harian

Katanya lagi, sepanjang tempoh dua minggu untuk berkempen, beliau akan mengadakan satu aktiviti ‘walkabout’ di beberapa lokasi tumpuan orang ramai dengan menggunakan tagline ‘kipidap, don’t give up’.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Tagline itu akan dilaungkan bagi memberi semangat kepada masyrakat selain menyeru agar mereka tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran.

“Ayat itu membawa semangat kepada ayah dan sepanjang berkempen, saya akan bawa tagline itu kerana ayat itulah yang buat ayah terkenal.

“Ayah sentiasa membawa misi itu bersama rakyat dan selama 22 tahun ayah menjadi aktivis, tak pernah gagal ayah membantu sama ada individu atau kumpulan untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tiada masalah untuk menyantuni dan mendekati pengundi di Port Dickson kerana beliau sudah cukup dikenali oleh masyarakat dari pelbagai peringkat umur.

Pada PRU15 kali ini, Abdul Rani bakal berdepan dengan empat calon lain yang melibatkan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, calon (BN) Datuk P.Kalamananthan, calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.