Siakap Keli
Kredit Daily Star

Tular Video Beruang ‘Pecah Masuk’ Kedai Roti, Sempat ‘Rembat’ Biskut Sebelum Dihalau

Tular Video Beruang ‘Pecah Masuk’ Kedai Roti, Sempat ‘Rembat’ Biskut Sebelum Dihalau

Satu rakaman video memaparkan gelagat lucu seekor beruang sedang leka menjamah biskut dalam sebuah kedai roti yang dimasukinya menjadi tular di media sosial, lapor Daily Star.

Haiwan itu berjaya dirakam sedang merayau-rayau dalam kedai roti Nestle Toll House di Heavenly Village, California sebelum bertindak mencuri biskut tersebut sekitar jam 7 malam pada Rabu lalu.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Gambar dan video beruang itu berjaya dirakam oleh pekerja kedai roti tersebut ketika menunggu ketibaan pegawai polis.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Laman berita KCRA melaporkan bahawa ketika kejadian berlaku, beberapa orang pelanggan sedang berada di kedai tersebut.

Polis berjaya bertindak pantas dengan menghalau beruang itu keluar dari bangunan tersebut.

Terdahulu, berita berkenaan seekor beruang yang berjaya menyelinap masuk ke dapur sebuah rumah di California pernah menjadi bualan hangat masyarakat setempat.

Beruang itu dikatakan telah mencuri sebuah kek coklat yang baru siap dibakar.

“Ia kelihatan seperti seseorang sedang memakai pakaian beruang. Dapur saya hampir musnah.

“Kek coklat yang saya buat untuk barbeku hari itu telah habis dicuri,” kata seorang wanita yang merupakan pemilik rumah yang dipecah oleh beruang berkenaan.

Wanita itu bersama anaknya sempat berlari ke tingkat atas untuk bersembunyi sebelum mereka menghubungi talian kecemasan berkenaan kejadian pecah masuk haiwan berkenaan.

Beruang itu dilaporkan telah membuka peti sejuk dan mencakar kabinet dan memakan buah avocado, madu dan separuh daripada kek.

“Saya melihatnya, ia berada di atas kaunter seperti seekor anjing. Ia memandang saya seperti cuba menyapa saya,” kata anak lelaki wanita berkenaan.

Sewaktu polis sampai di lokasi rumah tersebut, mereka telah menghalau haiwan itu dengan menjerit dan menakut-nakutkannya.

Sumber: Daily Star

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.