Siakap Keli
Ketepikan Minat Untuk Tengok Manchester United
Gambar: BBC News, Paul Childs/Action Images/Reuters via The Guardians

Demi Tuntutan, Ketua Sami Akur Ketepikan Minat Untuk Tengok Manchester United Di Old Trafford

Demi Tuntutan, Ketua Sami Akur Ketepikan Minat Untuk Tengok Manchester United Di Old Trafford

Seorang ketua sami bernama Phra Prasert Panyawaro menceritakan bahawa ketika beliau masih kecil, dia pernah bermimpi menonton perlawanan Manchester United di Old Trafford selepas melihat mereka bermain di televisyen.

Menurut Phra Prasert, dia hanya menonton perlawanan itu selama 30 minit ketika mengunjungi rumah rakannya, tetapi ia sudah cukup untuk membuat dia tertarik.

Namun begitu, pada usia 12 tahun, Phra Prasert berpindah ke sebuah biara di Thailand untuk mula hidup sebagai seorang sami Buddha Theravada.

Ianya merupakan permulaan untuk mendisiplin diri di mana beliau perlu mengikut 227 peraturan atau dipanggil sebagai ajaran.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

BBC News melaporkan, Phra Prasert tidak boleh menyambut hari lahir, menonton TV, pergi ke pawagam, menunggang basikal, berlari, memandu kereta, makan makanan selepas tengah hari dan pergi ke stadium bola sepak.

Kini, usia beliau mencecah 37 tahun dan tinggal sebagai ketua sami di kuil Buddha Edinburgh.

“Ketika saya kecil, saya melihat Manchester United bermain di TV dan saya masih ingat penjaga gol, Peter Schmeichel,” kata Phra Prasert kepada BBC.

“Saya bermimpi pergi ke Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan mereka, tetapi saya tahu saya tidak akan melakukannya kerana kami tidak dibenarkan ke sana sebagai sami.” katanya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai perasaan yang sama seperti orang lain, namun perlu tahu bagaimana untuk mengawal diri dan juga fikiran.

Kehidupannya sebagai seorang sami menyebabkan beliau jarang berjumpa ibu bapa atau adik-beradiknya sejak kecil lagi.

Gambar: BBC News

Phra Prasert mempunyai 7 orang adik-beradik dan dia dibesarkan dengan sawah padi dan ladang kerbau milik ibu bapanya di Sri Sa Kat, Thailand.

Apabila adik-beradiknya meninggalkan rumah, beliau bekerja di sekitar ladang dan membantu menjaga adik-adiknya.

“Saya rasa pada waktu itu saya sepatutnya bermain bola sepak bersama rakan-rakan tetapi saya perlu melakukan banyak perkara seperti memasak, mengemas dan menjaga adik-adik,” kata Phra Prasert.

Ketika usianya 11 tahun, beliau memberitahu ibu bapanya untuk menyertai sebuah biara dan berlatih sebagai sami untuk membanggakan mereka.

Kemudian, Phra Prasert di hantar untuk belajar ke negeri lain yang jauhnya beratus-ratus batu dari rumahnya ketika umurnya 12 tahun.

Selain itu juga, beliau memaklumkan bahawa dia tidak pernah bercakap atau berjumpa keluarganya selama tiga tahun.

Gambar: BBC News

“Di dalam bilik saya, saya fikir saya tidak akan menangis dan menulis pada sekeping kertas ‘Saya boleh lakukannya’, dan tampalkannya di dinding untuk dibaca setiap hari,” kata Phra Prasert.

“Saya mahu ibu bapa saya bangga dengan saya,” katanya lagi.

Phra Prasert memulakan latihannya semasa beliau masih tinggal bersama ibu bapanya setahun sebelum beliau berpindah ke biara.

Gurunya yang beragama Buddha memberitahunya bahawa salah satu peraturan yang perlu dipatuhi ialah tidak boleh menyentuh wanita.

Oleh sebab itu, beliau dan ibunya, Muang Prommala, menjaga jarak di antara mereka ketika berada di rumah.

Namun begitu, beliau menyedari bahawa peraturan tersebut tidak dikhususkan sepenuhnya kepada ibunya.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

“Saya salah faham dengan peraturan itu dan sebagai sami Buddha, kita boleh menyentuh ibu kita dalam keadaan tertentu.”

“Apabila dia sakit atau dalam keadaan berbahaya, saya dibenarkan menyentuhnya untuk membantu,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, beliau masih tidak menyentuh atau memeluk ibunya selepas 25 tahun kemudian.

Kini, Phra Prasert merupakan ketua sami Kuil Dhammapadipa di kawasan Slateford di Edinburgh.

Di samping itu, ketua sami itu juga mengatakan bahawa alam semula jadi telah membantu menguatkan mindanya.

Hal ini kerana mereka berasal dari alam semula jadi, maka adalah lebih baik untuk dirinya kembali kepada alam semula jadi.

Gambar: BBC News

Meskipun beliau perlu menjalani kehidupan yang berdisiplin, Phra Prasert berkata beliau gembira dan seronok berkhidmat kepada masyarakat tempatan di Scotland.

Dalam pada itu, Phra Prasert telah dijemput untuk tinggal di Scotland oleh ketua sami di kuil Slateford selepas mendengar bahawa beliau mempunyai reputasi yang sangat baik.

Phra Prasert bersetuju untuk datang selama dua tahun dalam tempoh percubaan dan memutuskan untuk tinggal di Scotland.

Beliau juga telah dinaikkan pangkat sebagai ketua sami di sebuah kuil di Leeds.

Gambar: BBC News

Selama tujuh tahun beliau tinggal di Endinburgh, Phra Prasert hanya tidur di atas lantai tanpa katil atau tikar dan tidak dibenarkan menonton TV.

Namun, beliau juga telah menemui cara moden untuk merasa dekat bersama ibunya dengan memasang kamera CCTV di seluruh rumahnya di Thailand.

Bapanya, Chey Prommala telah meninggal dunia pada 10 tahun lalu akibat diabetes.

Menurutnya, beliau tidak berasa rindu kerana sudah terbiasa dan teknologi juga sangat membantu.

“Saya bercakap dengan ibu saya setiap hari sekarang dan boleh melihatnya melalui telefon bimbit.”

“Ibu saya tidak sihat jadi ia akan membuatkan saya berasa lebih baik kerana saya boleh memerhatikannya apabila saya berjauhan,” jelas Phra Prasert.

Sumber: BBC News

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.