Siakap Keli
Kredit Shutterstock

Lelaki Warga Emas Tergamak Tolak Isteri Berkerusi Roda Dalam Laut, Mengaku Dah Tak Larat Nak Jaga

Lelaki Warga Emas Tergamak Tolak Isteri Berkerusi Roda Dalam Laut, Mengaku Dah Tak Larat Nak Jaga

Polis di Oiso, Wilayah Kanagawa, Jepun pada Khamis lalu telah menahan seorang lelaki berusia 81 tahun kerana disyaki menolak isterinya berusia 79 tahun yang berkerusi roda ke dalam laut, lapor Japan Today.

Menurut polis, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Rabu di sebuah jeti.

Polis menyatakan bahawa suspek telah mengaku membunuh isterinya kerana sudah letih untuk menjaganya.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Jelas polis, isteri suspek sudah berkerusi roda sejak 40 tahun lalu.

Suspek dilaporkan telah membawa isterinya itu ke jeti kemudian meletakkannya di kerusi roda sebelum menolaknya ke dalam laut.

Suspek kemudian beredar daripada jeti dan pergi ke rumah anak sulungnya.

Dia kemudian memberitahu apa yang telah dia lakukan kepada anaknya. Berikutan dari itu, anak suspek terus menghubungi polis.

Seorang nelayan yang melihat mayat terapung di permukaan air turut menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan penemuan berkenaan.

Baca: Dapat Diskaun Hampir RM50 Di Zoo Negara, Wanita Kongsi 13 Tempat Menarik Boleh Dapat Diskaun Guna Kad Biru Ni Je

Kejadian tersebut telah menggemparkan Jepun, namun ramai rakyat negara itu mengatakan bahawa perkara berkenaan adalah kenyataan yang harus dihadapi oleh warga emas di negara itu.

Oleh kerana ramai dikalangan mereka tidak mempunyai bantuan, mereka akhirnya menjaga sesama mereka yang juga merupakan warga emas.

Berdasarkan Projek Borgen, Jepun mempunyai ramai rakyat yang semakin tua. Ditambah pula dengan jangka hayat yang panjang, ramai warga emas berhadapan dengan keadaan yang sukar.

Memandangkan suspek tinggal bersendiri bersama isterinya, Projek Borgen menyatakan bahawa situasi mereka bukan sesuatu yang luar biasa.

Sumber: Japan Today, The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.