Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Tarik Lesen Penyewaan Khemah PDRM Berunsur Politik
Polis mengesahkan khemah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa digunakan untuk majlis berunsurkan politik seperti tular di media sosial, telah ditarik semula lesen penyewaannya, di Taiping, Perak.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya telah menerima satu permohonan daripada individu untuk menyewa khemah bagi urusan majlis kesyukuran.
“Pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping telah menerima satu permohonan menyewa khemah milik kelab polis IPD Taiping daripada individu atas urusan majlis kesyukuran dan permohonan tersebut telah diluluskan.
“Walau bagaimanapun, setelah anggota yang bertugas tiba di lokasi didapati situasi tempat pemasangan khemah tersebut mempunyai unsur aktiviti politik,” katanya dalam kenyataan.
Razlam berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan segera supaya khemah tidak dipasang bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan.
“Bagi mengelakkan timbulnya pandangan dan persepsi negatif serta boleh mencalarkan imej PDRM sebuah badan berkecuali, arahan segera telah dikeluarkan.
“Khemah tidak dipasang dan kelulusan penyewaan khemah dibatalkan serta-merta,” tambahnya.
Sumber: PDRM via Twitter