Siakap Keli
wajah ustaz kazim
Gambar: Awani

Wajah Ustaz Kazim Kembali Sihat, Dakwa Rawat Guna Air Telaga Nabi

Dakwa dirinya dirawat menggunakan air telaga nabi, wajah penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias kini dipercayai sudah kembali sihat seperti sediakala, lapor Awani.

Mohd Kazim atau dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata perubahan itu kemungkinan disebabkan oleh rawatan alternatif yang dijalaninya di Madinah pada awal bulan September selama empat hari.

Katanya, beliau mendapatkan rawatan di dua tempat di Madinah dan difahamkan, kedua-dua ikhtiar tersebut menggunakan air telaga nabi.

“Pulang daripada itu, alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah…ini sikit saja…yang ni muka saya dah ok dah.

“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya menghadap orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba,” katanya menerangkan keadaannya.

Beliau turut memanjatkan rasa syukur kerana hasil rawatan di Madinah itu membuatkan kulitnya bertambah sihat dan tidak perlu memakai krim untuk menahan luka.

“Apabila saya buat rawatan di sana (Madinah), alhamdulillah sampai sekarang November, syukur banyak-banyak, tak perlu lagi nak pakai krim dan sebagainya untuk menahan luka,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui wartawan dalam sidang media di Kompleks Darul Barakah, Manjoi, Ipoh hari ini.

Ketika belum mendapatkan rawatan sebelum ini, penampilannya menarik perhatian ramai apabila sebahagian wajahnya ditutup dipercayai bagi mengelakkan terkena cahaya matahari.

Tindakan sedemikian yang dilakuan apabila menghadiri beberapa majlis ilmu adalah dipercayai dibuat atas nasihat doktor, memandangkan wajahnya tidak boleh terdedah secara terus kepada cahaya matahari.

Susulan itu, beberapa tawaran daripada doktor pakar dari England, India dan Madinah juga turut pernah diterimanya bagi mengubati penyakit tersebut.

BACA JUGA: PRU15: Ustaz Kazim Tarik Diri Demi Abang, Amanat Arwah Ibu

Sumber: Awani

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana