Siakap Keli
2Africa Projek Kabel Internet Dasar Laut Terpanjang Dunia
Gambar: CXO Insight Middle East/2Africa Consortium

Merentasi 33 Negara, Ketahui 2Africa, Projek Kabel Internet Dasar Laut Terpanjang Dunia

Merentasi 33 Negara, Ketahui 2Africa, Projek Kabel Internet Dasar Laut Terpanjang Dunia

Seperti yang kita ketahui untuk berhubung dengan seseorang dalam satu jarak atau tempat memerlukan ‘perantaraan‘ atau rangkaian agar dapat berkomunikasi misalnya melalui pengunaan yang dikuasakan oleh kabel.

Kabel mempunyai pelbagai fungsi dalam memberikan kesinambungan dan membekalkan tenaga dalam pelbagai bentuk seperti saluran air, elektrik dan termasuklah rangkaian internet.

Pada zaman sekarang, internet seperti satu kewajipan bagi semua penduduk di muka bumi. Bagaimanapun, sebahagian kawasan, khususnya tempat-tempat terpencil masih belum mendapat liputan jalur lebar itu.

Jadi, melalui kabel internet yang diciptakan, ia dapat memberikan manfaat dan membawa perubahan kepada sesebuah penempatan sekaligus memacu pembangunan kehidupan.

Tahukah anda terdapat satu projek kabel terpanjang di dunia yang dilaksanakan di dasar laut bagi menyambung rangkaian internet global?

2Africa merupakan salah satu projek dasar laut terbesar di dunia.

Difahamkan, ia mempunyai 46 stesen menghubungkan kabel internet di 33 negara di Afrika, Asia dan Eropah. Panjang kabel itu berukuran 45,000 kilometer (km).

Sepanjang 45000 Km Di Dasar Laut 2Africa Projek Terbesar
Gambar: CXO Insight Middle East

Projek mega ini merupakan hasil kerjasama Syarikat China Mobile International, Djibouti Telecom, Meta (Facebook), MTN GlobalConnect, Orange, Saudi Telecom Company (stc), Telecom Egypt, Vodafone dan WIOCC.

Sementara itu, memetik META, projek kabel itu bakal memberikan perkhidmatan kepada komuniti dalam sektor pendidikan, kesihatan dan seterusnya perniagaan bagi mengembangkan ekonomi dan sosial yang lebih luas.

Dianggarkan, kira-kira 3 bilion orang bersamaan 36 peratus daripada populasi global bakal menerima manfaat daripada sistem kabel tersebut.

Tambah META, kabel berkenaan bakal menjadi pemangkin kepada perubahan (pertumbuhan ekonomi) dalam rangkaian internet.

Pelaksanaan itu bakal membawa kepada pertambahan pengguna dalam talian dan jaringan internet bakal lebih pantas sesuai dengan matlamat projek itu.

Gambar: META

“Kami akan terus melabur dalam infrastruktur asas ini agar sesuai dengan permintaan dan membina masa depan metaverse,” katanya.

Untuk pengetahuan, projek 2Africa menjadi sebuah projek kabel dasar laut terpanjang di dunia manakala projek Sea-Me-We3 (SMW3) pula di tempat kedua dengan panjang kabel berukuran 39,000 km.

Sejarah 2Africa

Projek 2Africa pertama kali dilancarkan pada Mei 2022 dengan panjang kabel mencapai 37,000 km yang menghubungkan 23 negara termasuk 21 stesen di 16 negara di Afrika.

Setelah itu, pada Ogos 2021, projek itu telah diumumkan semula bagi penaiktarafan 4 lagi rangkaian (cawangan) ke Seychelles, Kepulauan Comoros dan Angolas sehingga ke tenggara Nigeria.

Projek itu secara rasmi mengumumkan lanjutan projek 2Africa Pearls untuk diperluas sehingga ke negara teluk, Pakistan dan India yang menghubungkan 46 stesen pendaratan kabel di 33 negara di Afrika, Asia dan Eropah pada 21 September 2021.

Sepanjang 45000 Km Di Dasar Laut 2Africa Projek Terbesar
Gambar: 2Africa Consortium

Tambahan lagi, kedalaman kabel itu juga telah meningkat kepada 50 peratus berbanding sistem lama. Projek itu juga sedaya upaya mengelakkan kawasan gangguan di dasar laut untuk memastikan rangkaian yang terhasil adalah yang terbaik.

Sepanjang pembinaan projek itu, Alcatel Submarine Networks (ASN) bertanggungjawab dalam proses pembinaan sistem 2Africa.

Sistem Kabel 2Africa

2Africa bakal menjadi sistem Pensuisan Selektif Panjang Gelombang (WSS)-ROADM) pertama digunakan di Afrika. Ia menggunakan bahan konduktor aluminium yang inovatif untuk kegunaan sistem kabel di dasar laut.

Sistem kabel itu juga dikuasakan sehingga 180 Terabytes per second (TBps) pada bahagian tertentu yang penting.

Pelaksanaan kabel itu bertujuan bagi teknologi baharu SDM1 daripada ASN iaitu dengan membenarkan penggunaan jalur lebar (internet) lebih fleksibel.

Teknologi itu dikuasakan dengan 16 sistem pemasangan gentian dan gabungan teknologi suis optik.

Projek mega ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2023/2024.

Sumber: Submarine Cabel Network, META

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.