Siakap Keli
cara-cara solat sunat gerhana bulan
Gambar: video @kamiada_ via JAWI

Ketahui Cara-cara Solat Sunat Bagi Fenomena Gerhana Bulan Yang Dijangka Berlaku Malam Ini

Ketahui Cara-cara Solat Sunat Bagi Fenomena Gerhana Bulan Yang Dijangka Berlaku Malam Ini

Fenomena Gerhana Bulan Penuh dijangka bakal berlaku hari ini (8 November) mulai  jam 4.02 petang dan berakhir pada jam 9.56 malam waktu tempatan di negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Jumaat lalu yang turut menjelaskan bahawa bulan bakal berada pada kedudukan yang paling jauh dari bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923 kilometer (km).

“Masyarakat di Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

“Manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 9.56 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Gerhana Bulan Penuh: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Adakan Solat Sunat & Khutbah Gerhana Esok

Umat Islam digalakkan buat solat sunat gerhana bulan

Dalam pada itu, umat Islam digalakkan untuk menunaikan tuntutan sunat muakkad solat gerhana bulan yang boleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah bagi menghidupkan sunnah.

Sehubungan itu, badan-badan agama Islam seperti Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut berkongsi mengenai lima perkara penting yang perlu dilakukan ketika berlakunya gerhana bulan.

Oleh itu, bagi mengetahui cara-cara menunaikan solat gerhana bulan dan perkara yang perlu dibuat, ikuti perkongsian Mufti Selangor dan JAWI di bawah, ini supaya solat itu dapat dilakukan dengan sempurna dan baik.

Kaifiyyat Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat gerhana disebut di dalam Bahasa Arab dengan khusuf bagi bulan dan kusuf bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

  1. Takbiratul ihram dan niat
  2. Membaca doa iftitah, surah al-Fatihah dan surah pilihan
  3. Rukuk
  4. Bangkit: baca surah al-Fatihah dan surah pilihan
  5. Rukuk
  6. I’tidal
  7. Sujud
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Sujud
  10. Ulangi rakaat kedua seperti rakaat pertama
  11. Tashahud akhir
  12. Salam

Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat jumaat.

Disunatkan membaca khutbah selepas sunat gerhana.

Kredit: Mufti Selangor

5 perkara penting Solat Sunat Gerhana Bulan

Bagi lebih praktikal, mari ikuti cara mendirikan solat sunat gerhana bulan menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna @kamiada_ menerusi Twitter @JAWI di bawah.

Petikan video
  1. Sunat Muakkad dua (2) rakaat.
  2. Mempunyai empat (4) bacaan al Fatihah, empat (4) Ruku’, empat (4) Sujud.
  3. Boleh dilakukan sendirian atau berjemaah.
  4. Bermula waktu gerhana hingga tamat..
  5. Sunat membaca dua khutbah selepas solat.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh rujuk video di bawah.

Sumber: Mufti Selangor & @myJAWIKL

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana