Siakap Keli
Sumber: madam.atikah/Tiktok

Perang “Banner” Masa Graduasi, Aksi Siswa Siswi Semasa Konvo Curi Tumpuan Ramai

Perang “Banner” Masa Graduasi, Aksi Siswa Siswi Semasa Konvo Curi Tumpuan Ramai

Hari graduasi adalah hari yang penting bagi setiap pelajar universiti awam atau swasta. Lebih-lebih lagi ianya adalah petanda bahawa mereka telah berjaya dalam menamatkan pengajian dan impian untuk menggenggam skrol ijazah sudahpun tercapai.

Pada hari tersebut, perasan dalam diri seorang siswa pastinya bercampur baur. Ada gembira, ada sediah, ada riang dan ada juga yang mengalir air mata. Semua adalah pengalaman yang memantangkan mereka sebelum melangkah ke alam seterusnya.

Baru-baru ini salah seorang pengguna tiktok yang dikenali madam.atikah telah merakam suasana majlis graduasi yang berlangsung di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan memuat naik video berkenaan ke TikTok. Perkongsian yang dibuatnya pantas menjadi viral dan mencuri perhatian banyak pihak.

Menariknya dalam rakaman tersebut, pelajar memaparkan telefon mereka dalam kedudukan tegak dan berjaya dirakam oleh jurukamera. Pada paparan telefon bimbit berkenaan, tertera kata-kata semangat, ucapan terima kasih dan beberapa jenaka yang mencuit hati para tetamu yang hadir ketika majlis tersebut.

Video tersebut telah mencuit hati ramai penonton sehingga menerima lebih daripada 518,200 tontonan dan 35,000 tanda suka.

Menerusi video itu, ada juga seorang pelajar yang menyapa crushnya. Sungguh comel! Kata-kata mereka pasti akan menceriakan hari anda. Lihatlah beberapa ayat yang mereka tulis:

Kredit: madam.atikah/Tiktok
Kredit: madam.atikah/Tiktok

Untuk melihat perkongsian penuh berkenaan, anda boleh menonton video dibawah.

@madam.atikah

Perang banner time konvo.😂 #konvokesyenkptmke38 #konvokesyenkptm

♬ Sayunk I Love You – Chombi

BACA: Billionaire Malaysia, Robert Kuok Masuk Senarai 100 Manusia Terkaya Di Dunia, Nilai Aset RM 71.54 Bilion

Sumber: madam.atikah via Tiktok

 

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.