Tiket Konsert New Boyz Laku Keras, “Sold Out” Dalam Tempoh 24 Jam
Penyanyi tersohor tanah air, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok memaklumkan bahawa penjualan tiket bagi konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang mendapat sambutan hangat sehingga sudah habis dijual.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagram, beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan peminat yang membeli tiket tersebut.
“Terima kasih atas sokongan semua. Tiket sold out untuk konsert kami selama dua hari pada Februari ini.
“Minta maaf juga atas sebarang kesulitan yang kalian hadapi semalam. Kita jumpa nanti guys.
“Alhamdulillah, ” katanya di Instagram.
Difahamkan, penjualan tiket itu mula dibuka pada jam 10 pagi semalam.
Selain itu, penyanyi berusia 38 tahun itu memaklumkan sekiranya mempunyai sebarang masalah berkaitan tiket boleh menghubungi talian 03 77324988 / 03 77324788 bagi onetix perkhidmatan pelanggan.
View this post on Instagram
Terdahulu, SK melaporkan ‘Boy Band’ New Boyz yang popular sekitar tahun 90-an bakal mengadakan konsert mereka selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh vokalis kumpulan itu melalui akaun Twitter miliknya.
Menurutnya, konsert ‘New Boyz Sejarah Mungkin Berulang’ itu bakal diadakan pada 10 dan 11 Februari 2023.
Konsert itu dilaporkan bakal diadakan di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Art Centre.
Sumber: Instagram tomokofficial
BACA JUGA: Lima Menteri Sah Digugurkan Daripada Senarai Calon UMNO Untuk PRU 15