Siakap Keli
makanan jimat

“Biasa Sekali Makan Lebih RM10,” Ini Senarai Makanan Boleh Dapat Paling Jimat Dengan RM6 Tapi Sedap & Berbaloi

Dalam kehidupan serba moden kini, banyak perbezaan yang boleh dilihat kalau dibandingkan dengan zaman dulu. Salah satunya adalah kenaikan kos sara hidup. Boleh dikatakan semua orang tidak kiralah orang awam, peniaga mahupun pembekal boleh merasai perbezaannya.

Harga barang meningkat sekaligus menjadikan harga makanan semakin mahal. Bagi mereka yang tinggal di bandar, RM10 lazimnya tidak cukup untuk satu juadah tengah hari yang mengenyangkan.

“Biasanya sekali makan dah lebih RM10, baru makan tengah hari, kalau campur malam dah sampai RM20 la jugak belanja.”

Memang untung sangatlah kalau terjumpa restoran sedap yang menawarkan harga murah di tengah-tengah bandar ini.

Tapi jangan tak tahu, sebenarnya masih ada ya makanan sedap murah yang mengenyangkan. Bukan berbaloi untuk perut semata tapi jimat untuk poket juga kerana ia boleh dinikmati dengan harga RM6 sahaja.

Gambar: BERNAMA

Untuk yang masih lagi mencari, hari ni kami nak kongsikan beberapa makanan yang paling menjimatkan di Malaysia. Berita baiknya, semua makanan ni bukan sahaja jimat tapi juga sangat sedap dan berbaloi di tekak orang Malaysia. Haa, sape je tak nak kan kalau dapat tips ni.

Boleh la korang berjimat-cermat dalam perbelanjaan harian korang. Terutama sekali bila beli makanan. Boleh guna duit untuk benda lain.

  • Apam Balik
  • Keropok Lekor
  • Bubur Nasi
  • Kebab
  • Goreng Pisang
  • Pizza RM6 dari Pizza Hut! 

Sebenarnya, antara dalam banyak-banyak pilihan dalam senarai tersebut, mesti ada satu yang dapat menarik perhatian korang kan. Sudah tentulah makanan Pizza Hut yang akan ramai orang pilih. Makan pizza ni bukan sahaja cepat mengenyangkan tapi sangat la sedap. Berbaloi sangat la kalau nak makan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan waktu sedang lapar. Selain daripada itu, dapat juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain apabila dapat makan sambil berbual-bual.

Yang paling penting sekali. Dapat jimat banyak bila makan pizza ni terutama sekali pizza daripada Pizza Hut ni. Mana taknya, dahla boleh didapati dengan harga RM6 sahaja. Harga asal RM14.50, kini dengan lebih dari 58% diskaun!! Jimat betul! Lazat lagi mengenyangkan!

Bila fikir balik, promosi macam ni memang seakan mustahil untuk diadakan. Tapi, ni bukan scam tau korang. Sebaliknya, tulah realiti apabila pizza kegemaran korang boleh dibeli dengan harga makanan jimat iaitu dengan hanya RM6!  Sungguh berbaloi dan boleh nikmati pizza ni hari hari kerana ada banyak flavor untuk dipilih.

 

Kalau korang dah terliur tu, baik korang order sekarang. Sebenarnya, promo Pizza RM6 ni adalah daripada Pizza Hut’s Pan Pizza Range yang ada banyak menu. Jadi, banyak boleh pilih. Antaranya ialah,

  • Aloha Chicken
  • Beef Pepperoni
  • Chicken Delight
  • Chicken Sensation
  • Chicken Pepperoni
  • Deluxe Cheese
  • Hawaiian Chicken
  • Island Tuna
  • Veggie Lover

Yang paling best sekali, promo yang best ni ada setiap hari tau. So, korang tak perlu risau atau takut kalau korang akan terlepas promo ni. Untuk lebih senang, korang boleh tapau je. Lagi satu cara, korang boleh juga pesan secara atas talian dan pick up pada masa sesuai.

 

Untuk maklumat lanjut tentang promo ni, korang klik je link di bawah:


Nor Fakhry