Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Gegar Kepulauan Fiji Sebentar Tadi

Gempa Bumi Kuat 6.4 Magnitud Di Kepulauan Fiji
Gambar: MetMalaysia

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud pada skala Richter direkodkan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 5.50 petang sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak pada 26.2 darjah di Selatan dan 178.1 di Timur pada kedalaman 537 kilometer (km).

Gegaran itu dilaporkan dapat dirasai sejauh 906 kilometer dari Suva, Fiji.

Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia

Terdahulu, satu gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Luzon, Filipina pada pukul 10.30 malam tadi.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia