Siakap Keli
cuti khas pulau pinang
Gambar: BERNAMA

Cuti Khas Pada 18 November Buat Penduduk Pulau Pinang

Kerajaan Pulau Pinang isytihar cuti khas 18 November, bagi memberi galakan untuk rakyat keluar mengundi keesokan harinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow, lapor Bernama.

Difahamkan, pengisytiharan cuti khas itu menjadikannya sebagai negeri ketiga bawah Pakatan Harapan berbuat demikian selepas Negeri Sembilan dan Selangor yang turut membuat pengumuman sama, semalam.

Sebelum ini, Selangor dan Negeri Sembilan turut bersetuju memberikan cuti umum kepada warga negeri masing-masing, sehari sebelum tarikh pengundian sebagai persediaan untuk membuang undi.

Perkara itu diputuskan selepas negeri masing-masing menjalankan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Rabu.

Terdahulu, Bernama melaporkan cuti khas 18 November sempena hari mengundi akan dikaji oleh kerajaan, menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana