Siakap Keli
Ekonomi Malaysia Teruk

Ekonomi Malaysia Teruk? Fakta Sebenar Ekonomi Negara Sekarang

Ekonomi Malaysia Teruk? sejak kebelakangan ini mungkin ramai antara kita terdengar atau terbaca perkembangan semasa negara tercinta kita iaitu Malaysia, ada yang mula risau Malaysia akan terjejas teruk berikutan jangkaan pakar-pakar mengenai dunia yang kemungkinan akan berlaku krisis ekonomi yang dahsyat tahun depan.

Tidak dinafikan ramalan-ramalan mengenai kemelesetan ekonomi dunia tahun depan, tapi berlegar khabar angin di media sosial ekonomi negara kita ketika ini dalam keadaan teruk.

Unjuran Ekonomi Malaysia Terbaik Di Asia Tenggara

Tahukah anda, memetik laporan Bank Negara Malaysia(BNM), fakta yang pertumbuhan ekonomi Malaysia kini berada pada tahap terbaik mengatasi negara ekonomi-ekonomi dunia yang lain seperti China, Singapura, Amerika Syarikat, Korea dan lain-lain.

Laporan Suku Kedua 2022, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan luar jangkaan sebanyak 8.9%, unjuran ini dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh di mana berlaku pemulihan untuk pasaran pekerjaan serta eksport dan turut dipacu oleh sektor elektronik dan elektrik.

Malaysia GDP

Untuk rekod, berikut adalah pertumbuhan beberapa negara ekonomi besar lain iaitu (China: 0.4%, Amerika Syarika: 1.6%, Kesatuan Eropah: 4.0%, Korea: 2.9%, Singapura: 4.4%, Indonesia: 5.4%, Filipina: 7.4%). 

Tahukah anda, kenaikan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.9% ini menjadikan pencapaian Malaysia yang terbaik di Asia Tenggara untuk suku kedua.

Jadi, unjuran 8.9% ini jika dicampur dengan laporan Suku Pertama 5.0% menjadikan prestasi separuh pertama 2022 adalah 6.9% kedua terbaik di Asia Tenggara selepas Filipina, mencerahkan lagi peluang Malaysia untuk mencapai target pertumbuhan ekonomi 2022 sebanyak 6.3%.

GDP Malaysia

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), Sektor perkhidmatan telah naik 12% setelah negara beralih dari fasa endemik manakalah untuk sektor pembuatan pula telah meningkat ke 9.2%, tetapi berlainan pula untuk sektor perlombongan dan pertanian yang susut ke 0.5% dan 2.4%.

Untuk pasaran buruh, perkembangan memberangsangkan di mana kadar rakyat tiada pekerjaan atau pengangguran menurun ke 3.8% pada Jun 2022 lalu berbanding suku kedua 2020 ketika kes jangkitan Covid-19 berada pada tahap paling teruk.

Baca : Polis Siasat Wanita “Up” Kenyataan Berbaur Perkauman Ketika Konsert AR Rahman

Dari 10,400 orang yang membuat tuntutan hilang kerja susut kepada hanya 7,600 orang pada suku kedua tahun ini dengan gaji di sektor pembuatan dan perkhidmatan terus meningkat kepada 7.8% di mana ia disokong dasar kerajaan yang menaikkan gaji maksimum.

Pencapaian ini menjadikan Malaysia kini lebih signifikan di mana pelabur untuk datang melabur di negara kita kerana yakin dengan keadaan ekonomi kita yang semakin kukuh. Ia dibuktikan dengan pelaburan langsung asing (FDI) negara yang mencatat aliran langsung bersih bernilai RM41.7 bilion berbanding RM23.3 bilion sebelum pandemik.

Sedikit perkongsian dari laman Youtube milik ZRA Strim

Inflasi Malaysia Antara Paling Rendah Di Dunia

Tahukah anda, Malaysia merupakan negara yang mencatat rekod antara inflasi terendah di dunia iaitu 2.8% pada suku kedua 2022 selepas China dan Jepun. Ia sekaligus mengatasi United Kingdom dan Amerika Syarikat yang mencatat kenaikan inflasi sebanyak 9.2%.

Untuk laporan terbaru Ogos 2022, inflasi Malaysia masih terkawal iaitu 4.7% yang merupakan antara terendah berbanding negara serantau yang lain.

Ini adalah kesan daripada langkah-langkah intervensi kerajaan dalam menstabilkan harga barang melalui pemberian subsidi yang terbesar dalam sejarah negara.

Kerajaan dilaporkan memperuntukkan subsidi sebanyak RM77.7 bilion untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terlalu terbeban dengan kenaikan kos sara hidup. Tanpa peruntukan subsidi ini kadar inflasi negara mungkin boleh mencecah sebanyak 10.6%.

Kesan pemberian subsidi ini boleh dilihat dari pertumbuhan KDNK negara dan pemulihan pasaran kerja sekaligus membuktikan ekonomi negara berada di landasan terbaik.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu