Siakap Keli
Kenyataan Berbaur Perkauman Ketika Konsert AR Rahman
Gambar: Sinar Harian

Polis Siasat Wanita “Up” Kenyataan Berbaur Perkauman Ketika Konsert AR Rahman

Polis Siasat Wanita “Up” Kenyataan Berbaur Perkauman Ketika Konsert AR Rahman

Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di media sosial berhubung kenyataan berbaur perkauman dibuat seorang wanita sewaktu konsert AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu lalu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata satu laporan polis berhubung video itu telah diterima oleh pihaknya pada jam 5.15 petang pada Selasa lalu.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan pada semalam.

Menurut Zam Halim lagi, percakapan saksi telah selesai dirakam dan siasatan terperinci berkenaan kejadian sedang dilakukan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka