Siakap Keli
remaja tercampak dari jambatan
Gambar PDRM

Lelaki Dengan 16 Rekod Jenayah Antara Lima Ditahan Pecah Rumah Di Kulai

JOHOR BAHRU, 10 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dengan 16 rekod jenayah antara lima yang ditahan, kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di sekitar Daerah Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata lima lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 38 tahun itu,  ditahan Pasukan Lejang Balai Polis Kulai antara pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Turut dirampas beberapa barangan kes termasuk sebuah Proton Wira, sebuah konsol permainan PlayStation 4, sebuah beg sandang, kasut berjenama dan dua kamera jenis Canon.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Kulai dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi pembuktian kes.

Kita juga akan siasat penglibatan lima yang ditahan ini sama ada turut terlibat dalam kes jenayah di luar Daerah Kulai,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tok berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua individu yang ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata kesemua individu terbabit direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 16 Nov.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: BERNAMA

Faiz Mustafa