Tahukah anda, Mechamato kini sedang menduduki tempat kelapan dalam Festival Anugerah Anime Tokyo 2023 dan ia perlu undi anda semua.
Siri animasi terkenal, Mechamato yang diterbitkan oleh Animonsta Studios telah mendapat undian kedudukan ke-8 daripada 100 karya anime untuk Festival Anugerah Anime Tokyo 2023.
Pengarah animasi tempatan ini, Nizam Razak berkongsi di dalam laman Facebook miliknya Nizam Abdul Razak tentang keputusan yang membanggakan itu.
“Membesar menonton anime, siapa sangka animasi Malaysia (aniMY) boleh masuk ke ranking Top 10 di Jepun! Terima kasih semua,” kongsinya.
Difahamkan, kedudukan animasi tersebut pada ketika ini telah melepasi dua animasi Jepun yang popular iaitu Demon Slayer dan Dragon Quest.
Untuk pengetahuan umum, undian ini masih dijalankan, jadi bersama-samalah kita mengundi satu-satunya siri animasi Malaysia yang berjaya bersaing di peringkat antarabangsa.
Di sini disertakan langkah-langkah untuk anda mengundi seperti yang dikongsikan oleh Nizam di Facebook.
Yang pertama, anda perlu masuk ke pautan ini https://best100.animefestival.jp
1.Tekan butang ‘投票’ di kanan atas

2. Kemudian, cari huruf Jepun ‘ま’

3. Cari nama メカアマト Mecha-Amato

4. Tekan butang ‘選択’

5.Undian berjaya

https://www.facebook.com/nizam.razak/posts/pfbid02CPL65TgkLG1ZSTbpiLyCM17TTAbeLXPTqH62vbW9hwptWrfc4zJ2rCmAQx8pbpk1l
Sumber: Nizam Razak | Facebook