Siakap Keli
FOTO: IG Marvel

Tiada Babak “Post-Credit”? Wakanda Tabal Black Panther Baharu, Ganti King T’Challa

Tiada Babak “Post-Credit”? Wakanda Tabal Black Panther Baharu, Ganti King T’Challa

Wakanda Forever! Begitulah teriakan penonton selepas menikmati ‘kemanisan’ filem sambungan fasa empat Marvel Cinematic Universe (MCU), Black Panther: Wakanda Forever. Kebanyakkan pagung wayang di Malaysia sudah mula menayangkan filem tersebut tengah malam tadi (10/11/22).

Reviu

Secara keseluruhan filem Black Panther Wakanda Forever ini boleh dikategorikan sebagai cemerlang. Padat dengan aksi, lakonan yang mantap, ditambah perisa dengan emosi sedih yang masih menyelubungi seluruh peminat MCU selepas kehilangan King T’challa  yang dilakonkan oleh Chadwick Boseman sebelum ini akibat kanser.

Filem ini juga menyaksikan Iron Heart membuat penampilan sulung dalam filem MCU yang menjadi ‘akar’ dalam konflik filem ini. Siri Iron Heart juga akan ditayangkan di Disney Plus Hotstar yang dijadualkan pada tahun 2023.

Dalam filem ini juga secara tidak langsung kita dapat saksikan Avengers akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi perang seterusnya dalam Avengers:The Kang Dynasty dan Avengers: Secret War yang dijadualkan pada tahun 2025.

Sebagai peminat MCU, sudah pasti anda akan menanti babak Post-Credit di setiap filem MCU kan? Jangan risau, kali ini anda tak perlu tunggu kerana tiada babak selepas kredit dipaparkan dan hanya diakhiri dengan babak Pre-Credit sahaja.

Filem ini dilakonkan oleh Letitia Wright yang membawa watak Shuri, adik kepada King T’Challa. Dominique Thorne sebagai Iron Heart, Tenoch Huerta sebagai Namor, Angela Basett sebagai Ramonda atau Queen of Wakanda dan ramai lagi pelakon hebat yang lain.

Filem ini diletakkan dalam kategori PG13. Bermakna sesuai ditonton seisi keluarga cuma anak-anak bawah 13 tahun perlu bimbingan dari ibu bapa kerana beberapa kandungan dalam filem ini mungkin tidak sesuai untuk mereka.

Tiada aksi cium mulut, seksual dan sebagainya. Secara ringkasnya, tiada babak-babak berat dalam filem ini yang boleh mempengaruhi penonton. Cuma, bila keluar dari pagung mungkin anda akan terasa mahu menjadi rakyat Wakanda dengan kehebatan Vibranium.

Rotten Tomatoes, iMDB

Setakat artikel ini ditulis, Rotten Tomatoes iaitu sebuah laman web reviu filem terkenal memberikan 86% dan agak tinggi jika dibandingkan dengan filem MCU yang lain. Manakala rating di iMDB pula memberikan 7.4/10 setakat ini.

Anda boleh bawa keluarga anda menonton filem ini di pawagam berdekatan bermula hari ini. Dan nyatakan di ruangan komen pendapat anda tentang filem ini. Sebelum filem ini sah ditayangkan di Malaysia, ramai juga peminat yang susah hati selepas filem Thor: Love and Thunder disekat ditayang di Malaysia. Tapi tidak untuk Black Panther: Wakanda Forever.

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma