Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Konsert Ungu “Postponed”, Ubah Tarikh Ke 26-27 Disember
Konsert kumpulan rock popular Indonesia, Ungu yang sepatutnya diadakan pada 18 dan 19 November ini akan diubah ke tarikh yang baharu iaitu 26 dan 27 Disember depan.
Kenyataan tersebut diumumkan oleh penganjur konsert, Star Planet dalam laman portal rasminya.
Namun begitu, tempat dan masa masih kekal dan tiada sebarang perubahan iaitu bertempat di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada jam 8.30 pm.
Dalam kenyataan tersebut, pihak Star Planet memaklumkan bahawa perubahan tarikh ini adalah sebagai maklum balas kepada arahan PUSPAL untuk membatalkan konsert memandangkan tarikh berkenaan bertembung dengan PRU15.

Kesemua tiket yang dikeluarkan akan terbatal secara automatik dan tiket baharu akan dikeluarkan.
Justeru, pembeli tiket dinasihati supaya menyemak semula e-mel pengesahan pembelian tiket mereka untuk mendapatkan tiket yang baharu.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli media dan semua peminat UNGU atas sokongan mereka,” kata penganjur dalam kenyataannya.

Pada 5 September lalu, portal Gempak.com mengumumkan bahawa pihak penganjur telah menambah satu lagi malam konsert ulang tahun mereka khas kepada peminat setia di Malaysia.
Memetik laporan Astro Awani, rekod pembelian ke konsert tersebut sudah mencapai 85% kurang daripada sejam pada 30 Ogos lalu.
Kumpulan Ungu yang ditubuhkan pada 1996 itu dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda dan Oncy (pemain gitar), Makki (pemain bass) dan Rowman (pemain drum).
Penjualan tiket untuk tarikh baharu dikatakan akan mula disambung semula pada 25 November 2022 mulai jam 11 pagi.
Harga tiket konsert tersebut bermula dari RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598.
Sumber: Astro Awani, Star Planet