Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Krisis Makanan ‘Serang’ Mengejut, Adakah Malaysia Turut Terjerumus?

Nurhanis
krisis makanan serang mengejut
Kredit: BERNAMA

Krisis Makanan ‘Serang’ Mengejut, Adakah Malaysia Turut Terjerumus?

Tiada siapa menyangka ‘cabaran’ yang melanda negara tahun ini agak berat berbanding dari tahun sebelumnya, ekoran pelbagai ledakan ekonomi berlaku khususnya melibatkan krisis makanan.

Tidak disangkal lagi, Malaysia merupakan antara salah satu tempat yang dipanggil sebagai ‘syurga makanan’, dek kerana mempunyai kepelbagaian kaum dan bangsa yang mempunyai makanan tradisi masing-masing.

Oleh itu, makanan ruji di negara ini atau disebut sebagai makanan asas ialah beras, minyak, ayam dan tepung gandum. Namun sekiranya sumber bekalan ini terjejas, maka Malaysia bakal hadapi mimpi buruk iaitu krisis makanan.

Seperti yang kita tahu, perkataan krisis itu sendiri membawa maksud keadaan tidak stabil atau tidak tenteram boleh berlaku secara mengejut sehingga mendorong kepada berlakunya sesuatu perubahan yang mendatangkan kesan buruk.

Krisis makanan merujuk kepada keadaan yang tidak stabil atau kekurangan sumber bekalan yang berlaku dalam sebuah negara.

Hampir ‘terjerumus’ tapi dikawal kerajaan

Terdahulu pada Mei lalu, topik mengenai krisis makanan hangat diperkatakan susulan banyak media melaporkan berita mengenainya sehingga menimbulkan kegelisahan dan keresahan dalam kalangan ramai.

Walaupun negara kita hampir terjerumus dalam krisis itu malah ia bukanlah serius seperti keadaan kekurangan makanan yang mendorong kepada kebuluran. Malaysia boleh dikatakan tidak terkesan dari segi sumber bekalan namun lebih kepada kenaikan harga barang disebabkan negara kita bergantung dengan makanan import.

Kenaikan harga barang yang berlaku pada awal tahun lalu berpunca daripada impak pandemik Covid-19 serta perubahan iklim yang mendorong kepada berlakunya banjir dan peningkatan kos bahan mentah.

Indeks Harga Pengguna atau inflasi mencatatkan pada April lalu kenaikan 2.2% manakala kenaikan bahan makanan adalah lebih tinggi iaitu 4.1%.

Disebabkan itu, rakyat Malaysia menyaksikan kenaikan harga barang yang melonjak tinggi namun kerajaan dilihat tangkas menghadapi masalah itu dengan mengurangkan eksport ayam yang mencecah 3.6 juta setiap bulan demi menstabilkan pengeluaran dan harga domestik.

Kredit: BERNAMA

Dalam pada itu, kerajaan turut bertindak untuk memberi kebenaran kepada warga petani untuk mengusahakan aktiviti pertanian dalam memastikan bekalan makanan dan keperluan penduduk mencukupi.

Perubahan iklim dan bencana alam antara punca berlakunya krisis makanan di mana ia merosakkan tanaman dan sumber bekalan makanan seperti padi, ayam dan sawit. Siapa sahaja yang tidak risau apabila perkara sedemikian berlaku?

Justeru kini ramai yang mula bertindak mengambil inisiatif untuk berjimat cermat dan mengusahakan sumber makanan sendiri seperti bercucuk tanam sebagai persediaan menghadapi gelombang krisis makanan yang bakal tiba mendominasi global.

Namun sebelum berlakunya perubahan iklim, terdapat satu faktor besar yang menyumbang kepada krisis itu, iaitu konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine. Ekosistem ekonomi global mula terganggu kerana Rusia merupakan antara negara pengeluar hasil pertanian dan baja yang terbesar di dunia.

Malah lebih malang, kita dikejutkan juga dengan larangan eksport gandum oleh India disebabkan gelombang haba yang melanda sehingga menjejaskan hasil tanaman, selain membawa berita duka buat manusia kerana gandum merupakan salah satu makanan ruji selain beras.

Selain itu, terdapat beberapa negara yang sudah mempraktikkan strategi-strategi dalam menangani krisis tersebut seperti Jepun. Dikenali sebagai negara maju, Jepun kini dilapor telah mula menjalankan sistem catuan untuk memastikan rakyatnya mendapat makanan secara sama-rata.

Bagi negara yang membangun seperti Korea Selatan, mereka pula dilapor menggesa rakyatnya untuk mengutamakan membeli beras dan hasil keluaran tempatan. Ia dipercayai sebagai usaha untuk menyumbang kepada kitaran ekonomi negara, selain membantu mempertingkatkan lagi tahap jaminan keselamatan makanan di negara itu.

Subsidi buat rakyat

Kerajaan turut memberi pelbagai inisiatif kepada rakyat dalam meringankan beban menghadapi krisis makanan walaupun terpaksa mengharungi cabaran harga semasa, gelombang inflasi dunia dan seumpamanya. Mungkin ada yang menganggap bahawa Malaysia tidak dapat lari daripada kenaikan harga barang.

Kredit: BERNAMA

Namun sebaliknya, kerajaan bertindak melaksanakan inisiatif melalui pemberian subsidi ke atas beberapa barangan asas rakyat seperti minyak masak, telur dan tepung gandum. Walaupun ekonomi sedang getir, kerajaan tidak menarik semula subsidi minyak masak paket dan ia dikekalkan bagi meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40. Malah kadar subsidinya jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Dalam memahami keluhan rakyat, kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 60,000 tan metrik sebulan yang difahamkan melebih keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan.

Rakyat dapat menikmati subsidi yang diberikan dengan harga RM2.50 sekilogram berbanding harga pasaran iaitu RM9.00. Dalam masa yang sama, kerajaan turut menaikkan subsidi telur ayam sebanyak 2 sen bagi meningkatkan pengeluaran bahan mentah.

Dengan peningkatan subsidi ia akan memberi manfaat kepada 338 ladang ayam penelur untuk memastikan bekalan telur di pasaran lebih stabil dan konsisten.

Selain itu, pada masa ini kerajaan dilihat sedang mengusahakan penanaman jagung untuk menjadi alternatif kepada makanan ayam yang sebelum ini permit import (AP) telah dibatalkan demi menjaga kepentingan rakyat.

Kerajaan turut menyediakan langkah-langkah baharu untuk menangani kenaikan kos sara hidup untuk memastikan harga barang stabil.