Siakap Keli

LEGOLAND Ada Tayang Filem 4D Sampai Boleh Basah-Basah? Ini Apa Yang Anda Tak Tahu

Kalau kita pergi ke mana-mana taman tema, SK rasa normal sahaja untuk taman tema tu tayangkan movie pendek kan? Tapi berbeza sedikit di Legoland Malaysia. Anda dan anak-anak boleh menonton filem pendek dalam format 4D ya.

Apa yang istimewanya format 4D ni? Anda kena memaki cermin mata khas yang akan diberikan sebelum tayangan bermula, bila anda pakai je cermin mata tu terus video yang anda tonton tu jadi timbul dan dekat dengan mata anda. Senang kata kalau ada babak diterkam harimau pun anda rasa nak kena terkam.

Bukan itu sahaja, kalau ada babak air terpercik pun Legoland Malaysia percikkan air kepada anda. Tapi tak adalah sampai basah kuyup, cuma basah-basah manja je. Baru-baru ini, Legoland Malaysia menjemput SK untuk tayangan perdana filem 4D terbaru mereka yang bertajuk Lego Mythica – Journey To Mythica. 

Journey To Mythica ini mengisahkan Bob seekor Alicorn dalam dunia pengembaraan yang belum diteroka dimana dunia LEGO bertukar menjadi realiti. Bob menjelajah dan merentasi lautan bergelora, gua tersembunyi, api dan ais. Bob juga terpaksa selamatkan diri dari Chimera, ganasnya Maximus the Sky Lion dan Duo the Hydra. Dapatkah Bob selamatkan diri dan selamatkan dunia mythical? Jom bawa anak-anak anda menonton Journey To Mythica di Legoland Malaysia Theme Park.

Apa yang best lagi kat Theme Park LEGOLAND ni? Banyak benda yang best. Bukan setakat ada tempat hiburan untuk kanak-kanak je, untuk dewasa pun banyak. Untuk kanak-kanak ada Planet Legoland yang anak anda boleh main pasang-pasang LEGO sampai muak, ada Driving School untuk anak anda rasa sendiri pengalaman memandu di jalan raya LEGOLAND, bukan highway PLUS ya.

Untuk dewasa pula, anda boleh cuba Dino Island yang mana anda akan dibawa naik sebuah bot, naik ke puncak dan akan basah kuyup selepas turun dengan laju ke bawah. Diingatkan pakailah baju yang sesuai untuk basah. Ada banyak roller coaster yang lain seperti Dragon’s Apprentice, The Dragon dan The Great LEGO Race.

Korang tengok je la video pendek kitorang kat sana ni.

@thesiakapkeli

Sampai menjerit member seronok sangat! #fyp #legoland #boat #4d #dinosaour #johor #rollercoaster #fyp #themepark #waterpark #4D

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Untuk maklumat lanjut dan harga tiket ke LEGOLAND MALAYSIA boleh klik pautan DI SINI

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)