Siakap Keli
Nahas Babitkan Lima Kenderaan Di Nilai
Gambar: Bernama

Pemandu Lori Maut Dalam Nahas Babitkan Lima Kenderaan Di Nilai

Pemandu Lori Maut Dalam Nahas Babitkan Lima Kenderaan Di Nilai

Satu kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan dilaporkan telah menyebabkan seorang pemandu lori maut di tempat kejadian, lapor Sinar Harian.

Kemalangan tersebut berlaku di KM 280.1 Lebuhraya PLUS menghala ke arah selatan antara laluan Nilai ke Bandar Ainsdale dan menyebabkan semua lorong terhalang dan trafik ke arah selatan terhenti dan sesak 5 km arah utara.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan menyatakan bahawa, sepasukan anggota dan pegawai bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu dua buah lori treler, dua kereta dan sebuah motosikal. Kerja-kerja penyelamatan telah dilakukan oleh pihak bomba.

“Terdapat 10 orang mangsa, bagaimanapun seorang daripadanya iaitu lelaki berusia 43 tahun merupakan pemandu lori maut di lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kemalangan yang melibatkan 5 buah kenderaan itu, terdapat 10 orang mangsa dan salah seorang daripadanya iaitu pemandu lori yang berusia 43 tahun maut di tempat kejadian.

Memetik Sinar Harian, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selepas disahkan maut oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala mangsa yang cedera pula dikejarkan ke hospital oleh Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Sumber: Sinar Harian

Noorliyana Ishak