Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Sahkan Pelakon Wanita Meninggal Dunia Akibat Jatuh Dari Tingkat 22

Pelakon Wanita Meninggal Dunia
Kredit BERNAMA

Polis Sahkan Pelakon Wanita Meninggal Dunia Akibat Jatuh Dari Tingkat 22

Polis dalam satu kenyataannya pada hari ini mendedahkan punca kematian seorang pelakon sambilan yang berumur 26 tahun adalah disebabkan jatuh dari tingkat 22 Pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Daerah Johor Bahru Selatan itu lagi, mereka telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat tersebut di bahagian bawah sebuah pangsapuri.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Hasil siasatan mendapati si mati merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun bekerja sebagai pelakon sambilan. Sebab kematian wanita tersebut adalah kerana jatuh dari tingkat 22 pangsapuri.

“Wanita itu telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub bin Selamat.

Selain itu, pihak polis juga mengklasifikasikan kematian itu sebagai kematian mengejut (SDR).

Kredit Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Pihak polis IPD Johor Bahru Selatan juga memohon orang ramai yang menjadi saksi kes tersebut untuk tampil kehadapan bagi membantu siasatan polis. Saksi juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu ASP Mat Nawi Bin Ab Rahman di talian 016-5050808.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Selatan