Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Difahamkan, Mohamad Aiman Asyraf Shahrulzaman (11) yang juga merupakan seorang murid darjah lima di Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai dipercayai sedang bermandi – manda bersama dua rakannya iaitu, Mohd Saiful Asyraf Mohd Saiful Azhar (12) dan Wan Wafiuddin Wan Mohd Dzulkhairy (9) dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira 3.00 petang.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, mangsa dikatakan hilang selepas hanyut dibawa arus deras disebabkan hujan lebat yang berlaku pada tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, pasukan mencari dan menyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 4.30 petang.
“Seramai kira-kira 50 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Maritim Malaysia serta beberapa buah bot nelayan terlibat dalam operasi berkenaan,” katanya kepada pihak Sinar Harian,
Beliau menambah, kejadian tersebut merupakan kejadian kedua yang dilaporkan dalam minggu ini dan menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa agar lebih berwaspada.
“Kes tersebut berlaku lebih kurang 24 jam selepas penemuan mayat murid tahun tiga, Mohammad Aman A. Suhimi yang maut akibat lemas di Sungai Kampung Batu 9, Ibok pada petang Khamis.”
“Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak dan tidak membenarkan mereka untuk bermain air ketika musim tengkujuh,” kata Ketua Polis tersebut.
BACA: Awas, Hujan Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan & Terengganu Sehingga 12 November
Sumber: Sinar Harian