Siakap Keli
Angkasawan Perancis
Gambar Thomas Pesquet

Angkasawan Perancis Sempat Rakam Pemandangan Kuala Lumpur Waktu Malam Dari ISS

Angkasawan Perancis Sempat Rakam Pemandangan Kuala Lumpur Waktu Malam Dari ISS

Pemandangan hutan konkrit di waktu malam antara satu hal yang indah dengan panorama cahaya lampu yang berwarna-warni menghiasi seluruh bandar. Lebih-lebih lagi jika dilihat dari atas puncak yang tinggi seperti gunung dan sebagainya, ia seolah-olah sedang melihat ribuan bintang berkerlip dari bawah.

Seperti bandar Kuala Lumpur, antara lokasi untuk melihat pemandangan kota raya ini dari kawasan yang tinggi adalah di Bukit Ampang atau beberapa lokasi lain yang lebih tinggi. Dari atas, kita akan dapat melihat warna-warni cahaya lampu yang berkilau dan berkelipan memukau setiap mata yang memandangnya.

Namun, bagaimana pula pemandangan bandar ini jika dilihat dari kawasan yang lebih tinggi seperti di angkasa lepas? Menariknya, pada tahun lalu, seorang angkasawan Perancis, Thomas Pesquet ada berkongsikan imej pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

“Gambar kolaj bandar pertama saya pada waktu malam. Kuala Lumpur merupakan bandar terbesar di Malaysia. Proses pemetaan foto pada waktu malam lebih sukar berbanding pada waktu siang.

“Kelajuan ‘shutter’ perlu lebih perlahan berikutan kadar pencahayaan yang rendah tetapi gambar harus diambil dalam urutan yang sangat pantas semasa menggerakkan kamera.

“Ia bahkan lebih sukar untuk menstabilkan pegangan kamera tanpa berat badan (kerana tiada graviti). Hasilnya selalu agak kurang jelas berbanding hari ini,” tulisnya, lapor Kosmo.

Sementara itu, hantaran tersebut juga sempat dikongsikan oleh laman Facebook milik France in Malaysia dan Juga Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada tahun tersebut.

“KL (Kuala Lumpur) anda begitu indah dari atas sana,” tulis mereka bersama-sama gambar tersebut.

Sebagai info, ISS yang berada pada ketinggian 408 kilometer di orbit rendah bumi merupakan kapal angkasa besar milik NASA dan ia mengelilingi bumi setiap 90 minit serta melakukan 16 pusingan setiap hari.

https://www.facebook.com/watch?ref=search&v=383823189930949&external_log_id=c27322b2-29fe-4a46-a56b-e702719990b8&q=Kuala%20Lumpur%20dari%20ISS

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: Kosmo

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.