Siakap Keli
taknak jual rumah pemaju bina kondo sekeliling
Gambar: Mothership

Pemilik Berkeras Taknak Jual Rumah, Pemaju Bina Kondo Di Sekeliling

Sebuah syarikat pemaju di Singapura tekad mendirikan kondominium mengelilingi dua unit rumah teres gara-gara pemiliknya tidak mahu menyerahkan tanah mereka untuk dijual, lapor Mothership baru-baru ini.

Difahamkan, kondominium yang merupakan projek pegangan bebas syarikat pemaju berkenaan dijadualkan siap pada 2023 dan mereka perlu membinanya di atas tanah lot di kawasan terbabit,

Dalam menjayakan projek tersebut, lebih lima unit rumah teres dua tingkat sudah dibeli pemaju berkenaan, iaitu empat di sepanjang Guillemard Road dan satu di Lorong 28 Geylang.

Enggan Jual Rumahnya Untuk Pembinaan Kondominium
Gambar: Google & Streetview

Bagaimanapun pemilik rumah di Guillemard Road enggan menjual kediamannya dengan alasan rumah tersebut dibeli oleh ibu mereka.

Menurut Mothership, selepas ibunya meninggal dunia, penjaja (yang juga pemilik) berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Encik Wu tinggal bersama kakaknya di rumah itu.

Tambah Encik Wu juga, tanah di hadapan rumahnya itu telah dijadikan taman yang menempatkan ikan dan burung peliharaannya.

Malah, pemaju hartanah juga telah menghubunginya beberapa tahun dahulu mengenai penjualan rumah tersebut, tetapi dia enggan menjualnya kerana berpendapat bahawa rumah pegangan bebas sudah jarang ada pada hari ini.

Dalam masa yang sama Encik Wu mengatakan bahawa dia mampu menjaga tanaman dan tidak akan menjual rumah berkenaan.

Enggan Jual Rumahnya Untuk Pembinaan Kondominium
Gambar: Google & Streetview

Bagaimanapun, menurut Shin Min Daily News, alasan yang dikemukakan oleh Encik Wu yang tidak mahu menjual tanah di kawasan tersebut tidak jelas.

Dalam masa sama, menurut seorang penjaga kuil, pembinaan projek hartanah oleh pemaju tersebut dipercayai tidak melibatkan banyak lot rumah.

“Pembinaan itu tidak banyak menjejaskan unitnya dan dewan kuil hanya dibuka untuk rakan dan pemilik unit di situ,” jelas penjaga kuil tersebut.

Hal ini kerana kuil yang dibina untuk projek tersebut ditempatkan di tingkat satu tetapi kediaman penjaga kuil pula berada di tingkat dua.

Sumber: Mothership

 

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.