Siakap Keli
(Kredit: scherly trich)

‘Kereta Api Terapung’ Jadi Tarikan Di Thailand, Siap Berhenti Tengah Empangan Untuk Penumpang Bergambar

Ribuan penduduk Thailand mengambil peluang menaiki kereta api terapung atau ‘floating train’ yang menjadi fenomena baru-baru ini, lapor Bangkok Post. Menurut portal itu, orang ramai teruja menikmati perjalanan merentasi air di empangan tersebut susulan kenaikan paras air selepas monsun.

Difahamkan, kereta api itu hanya dijadualkan bergerak khusus pada hujung minggu daripada Bangkok ke Empangan Pa Sak Jolasid bermula 1 November lalu. Khidmat itu dijangka diteruskan sehingga Februari akan datang.

Menariknya, kereta api tersebut akan berhenti bagi memberi peluang kepada penumpang untuk bergambar di tengah landasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan.

“Saya tak pernah tengok pemandangan macam ini sebelum ini,” kata Bunyanuch Pahuyut, salah seorang daripada ratusan penumpang kereta api berkenaan, seperti dipetik Bangkok Post.

Sebenarnya, masih banyak lagi lokasi cantik tersembunyi di Thailand yang jarang kita terokai apabila ke negara gajah putih itu. Antaranya ialah Mae Kampong Village, Koh Talu dan Taman Negara Tham Erawan. Ketiga-tiga lokasi ini mempunyai keindahan alam semulajadi yang cukup mengagumkan.

Sekilas membaca namanya, seakan nama kampung di dalam bahasa Melayu. Menurut InThailand.Travel, perkampungan Mae Kampong ini merupakan salah satu perkampungan paling cantik di negara berkenaan. Dengan jumlah penduduk sekitar 370 orang sahaja, para pengunjung berpeluang merasai kehidupan kampung dan budaya setempat dengan tinggal di inap desa di sana.

(Kredit: InThailand.Travel)

Selain itu, jika anda peminat aktiviti lautan seperti snorkeling dan menyelam, anda boleh berkunjung ke Koh Talu. Di sana, anda boleh menyaksikan keindahan gua di bawah laut serta spesies flora dan fauna yang memukau. Lebih menarik, gua dalam lautan tersebut dikatakan menyerupai bentuk hati! 

(Kredit: Tourism Authority of Thailand)

Untuk pencinta air terjun, jangan lepaskan peluang melawati Taman Negara Tham Erawan. Terletak di Wilayah Kanchanaburi, taman ini meliputi kawasan seluas 550km persegi. Tarikan utama di sini pastinya air terjun tujuh tingkat yang kehijauan, dikelilingi hutan dan gunung-ganang yang memukau. 

(IkunI via Thai National Parks)

Penerbangan ke Thailand bermula RM199 sahaja!

Penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan harga sehala dari RM199 sahaja sehala untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Phuket, Krabi, Chiang Mai dan banyak lagi.

Sementara itu, tiket penerbangan sehala dari Penang ke Bangkok pula bermula daripada RM219 serta RM249 untuk penerbangan dari Johor Bahru ke Bangkok. Promosi berlangsung bermula sekarang hingga 28 Februari 2023.

Lebih menarik, anda juga boleh berjimat dengan membuat pembelian menggunakan mata ganjaran AirAsia anda.

Jadi jangan lepaskan peluang, nikmati keindahan Thailand dan dapatkan tiket penerbangan anda di sini.

Amira

Love yourself.