Siakap Keli
Kredit: Twitter

Konsert Blackpink Di KL, Harga Tiket Bermula RM 388 Hingga RM 1,888

Penantian bagi peminat kumpulan K-pop Blackpink di Malaysia sudah berakhir apabila pengumuman rasmi bagi peta tempat duduk dan harga tiket untuk konsert Blackpink World Tour [Born Pink] di Kuala Lumpur didedahkan penganjur.

Sebelum ini, Siakap Keli ada melaporkan mengenai konsert jelajah BLACKPINK yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

“BLINK, Sudahkah Anda Bersedia?”, BLACKPINK Bakal Gegar Kuala Lumpur, Konsert 4 Mac 2023 Ini

Berdasarkan artikel tersebut, BLACKPINK bakal bertemu BLINK Malaysia pada tanggal 4 Mac 2023. Namun begitu, walapun lokasi konsert sudah diketahui namun harga tiket belum didedahkan lagi pada waktu tersebut.

Kini, peta tempat duduk dan harga tiket bagi konsert telah diumumkan oleh penganjur baru-baru ini melalui laman Twitter mereka.

Kredit: Live Nation Malaysia

Menurut LiveNation.my, harga tiket adalah berdasarkan jenis tempat duduk yang bermula daripada RM388 untuk CAT6 sehingga RM1888 untuk Born Pink Soundcheck VIP Package.

Untuk makluman, terdapat banyak kelebihan yang diperolehi oleh pemegang tiket Born Pink Soundcheck VIP Package seperti mendapat akses awal ke konsert dan berpeluang untuk bertemu dengan ahli kumpulan K-Pop kesayangan anda semasa sesi pengujian sistem siar raya yang diadakan sebelum konsert berlangsung.

Kredit: Live Nation Malaysia

Terdapat dua jenis prajualan untuk tiket konsert ini iaitu:

1. Prajualan Untuk Kelab Peminat Weverse

Bagi BLINK yang memiliki akaun Weverse, anda boleh menyertai sesi prajualan pada 15 November 2022, bermula pada 10.00 pagi sehingga 11.59 malam.

Diingatkan semula bahawa memiliki WEVERSE ID tidak menjamin anda untuk mendapatkan tiket bagi konsert ini serta merta. Hal ini disebabkan, tiket yang disediakan adalah terhad bergantung pada prinsip siapa cepat, dia dapat.

Siapa yang berminat untuk membeli diminta untuk membaca maklumat terperinci pada Weverse untuk memastikan pengalaman pembelian tiket berjalan lancar.

2. Prajualan Ahli Live Nation

Bagi memastikan anda mendapat akses untuk sesi Prajualan Ahli Live Nation, anda perlu melengkapkan beberapa langkah di bawah untuk mendaftar sebagai ahli yang sah.

  1. DAFTAR pada Live Nation (https://www.livenation.my/login).
  2. AKTIFKAN akaun anda menerusi e-mel pengaktifan yang akan dihantar pada peti masuk mel anda.
  3. LANGGAN Live Nation Malaysia Newsletter dan SIMPAN pilihan anda (https://www.livenation.my/account/subscriptions).

Setelah berjaya membuat langganan, log masuk akaun anda pada laman web tersebut dan klik pada pautan  “Live Nation Presale” untuk mengakses sesi prajualan bagi ahli Live Nation bagi konsert tersebut.

Bagi sesi prajualan ini, jualan tiket akan berlangsung pada 16 November 2022, bermula 10 pagi sehingga 11.59 malam, waktu tempatan. Tiada kod akses yang diperlukan untuk membuat pembelian.

Seperti sebelum ini, jumlah tiket adalah terhad dan pembeli hanya dibenarkan untuk membeli dua tiket maksimum bagi satu transaksi.

Sumber: Live Nation Malaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.