Siakap Keli
Anak Kambing Lahir Berwajah Manusia
Gambar: Jam Press Vid/Rare Shot News

Penternak Terkejut, Anak Kambing Lahir Seakan Berwajah Manusia

Seekor anak kambing dilahirkan seakan berwajah manusia yang berkaca mata dalam kejadian di kampung Sironj, Madhya Pradesh di India pada Jumaat lalu (11 November).

Keadaan yang ‘mengerikan’ itu telah menyebabkan penternaknya, Nabab Khan, terkejut apabila kambingnya melahirkan seekor anak yang kelihatan seperti wajah manusia.

Menurut Nabab Khan, ini adalah kali pertama kali haiwan-haiwannya termasuk seekor kerbau dan tujuh ekor kambing beranak.

Difahamkan, keadaan anak kambing tersebut dilaporkan baik, akan tetapi disebabkan mulutnya yang aneh, ia terpaksa menggunakan picagari untuk menyusu.

Anak Kambing Lahir Berwajah Manusia
Gambar: Jam Press Vid/Rare Shot News

Jika melihat pada gambarnya, sudah pasti anak kambing itu mempunyai ciri pelik iaitu kedua-dua matanya dikelilingi ‘cincin hitam’ yang membuatkannya seperti sedang memakai cermin mata.

Malah, ia juga mempunyai bulu yang tebal di kepala dan di sekeliling dagunya.

Disebabkan itu, penduduk kampung Sironj berpusu-pusu ke rumah Khan sejurus selepas berita tentang kelahiran makhluk ‘unik’ tersebut tersebar.

Sementara itu, menurut doktor veterinar Manav Singh, istilah perubatan untuk kambing itu dikenali sebagai ‘dipepsia kepala’ yang dikatakan hanya berlaku satu daripada 50,000 kelahiran haiwan.

Biasanya, kejadian itu dipercayai lebih cenderung untuk berlaku kepada lembu berbanding kambing.

Keadaan itu juga dipanggil ‘hydrocephalus’ yang menyebabkan bengkak pada kepala haiwan iaitu merujuk kepada cecair yang terlalu banyak pada otak, sama ada masalah saluran atau pengeluaran berlebihan.

Terdapat dua punca keadaan itu berlaku, yang pertama ialah ibu haiwan mengalami kekurangan vitamin A dan yang kedua, ibu haiwan tersebut diberi ubat yang salah ketika dalam tempoh bunting. 

Sumber: Daily Star

 

Florence Nuar