Siakap Keli
amazon buang pekerja
Gambar: AFP

Selepas Twitter & Meta, Amazon Didakwa Bakal Buang Sehingga 10,000 Pekerja Bermula Minggu Ini

Selepas Twitter & Meta, Amazon Didakwa Bakal Buang Sehingga 10,000 Pekerja Bermula Minggu Ini

Selepas Twitter dan Meta menghentikan ribuan pekerjanya, Amazon didakwa bakal mengambil langkah yang sama apabila dijangka akan memberhentikan kira-kira 10,000 pekerjanya, bermula minggu ini.

Menurut laporan New York Times, keputusan tersebut akan melibatkan pekerja-pekerja yang berkerja di bahagian peranti seperti Alexa, peruncitan dan sumber manusia.

Walaupun tiada angka rasmi yang disebut, namun sekiranya benar sehingga 10,000 orang akan diberhentikan, jumlah berkenaan mewakili kira-kira 3 peratus pekerja korporat Amazon dan kurang 1 peratus daripada tenaga kerja globalnya yang dianggarkan seramai 1.5 juta orang.

Amazon sebelum ini mengumumkan pihaknya akan memhentikan sementara proses pengrekrutan korporat untuk beberapa bulan akan datang dengan memberi alasan ketidaktentuan ekonomi dan jumlah pekerja semasanya sebagai punca. Sebelum ini, syarikat berkenaan mengambil ramai pekerja susulan peningkatan permintaan dan perubahan tabiat pembeli yang banyak berbelanja secara atas talian semasa pandemik.

Berita tersebut menjadikan Amazon gergasi teknologi terbaharu dari Amerika Syarikat yang bakal melaksanakan pemberhentian pekerja. Terdahulu, Meta, iaitu syarikat induk kepada Facbook memberhentikan kira-kira 11,000 orang pekerjanya. Sebelum ini, Elon Musk selepas mengambil alih Twitter turut mengumumkan pemberhentian pekerja melibatkan separuh daripada kakitangan syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat ini dikatakan terpaksa mengambil keputusan tersebut susulan suasana ekonomi yang suram dan jangkaan kemelesatan global pada tahun hadapan.

CEO Amazon, Jeff Bezos sebelum ini pernah memuat naik satu tweet berhubung kemungkinan kemelesatan global. Katanya, kebarangkalian ekonomi semasa seolah-olah memberitahu orang ramai untuk bersedia berdepan dengan situasi getir.

Manakala, dalam satu wawancara, Bezos berkata tweet berkenaan adalah nasihatnya kepada usahawan-usahawan di luar sana.

”Cuba kurangkan sedikit risiko dalam perniagaan. Sedikit pengurangan ini mungkin boleh memberikan perbezaan,” katanya.

Sumber: The New York Times, CNN

Shafikah