Siakap Keli
warga rusia dan ukraine bersalah atas mh17
Gambar: BERNAMA

MH17: Mahkamah Belanda Putuskan Dua Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Bersalah

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Mahkamah Daerah The Hague hari ini memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.

Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama.

Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020.

Bagaimanapun, kesemua defendan tidak pernah hadir pada prosiding itu sehingga menyebabkan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara ‘in absentia’ di bawah undang-undang Belanda.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana