Siakap Keli
7 kawasan dinaiki air di selangor
Gambar: SInar Harian

Tujuh Daerah & 83 Kawasan Di Selangor Terjejas Banjir

Sebanyak tujuh daerah di Selangor dilanda banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi hingga menjejaskan 83 kawasan di seluruh negeri ini pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, kawasan di daerah Klang antara yang paling terjejas, melibatkan 45 kawasan diikuti Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.

Banjir itu turut menjejaskan 12 kawasan di Sepang, sembilan kawasan di daerah Petaling, enam di Hulu langat, diikuti tiga di Sabak Bernam, Kuala Langat dan Kuala Selangor masing-masing mencatatkan tiga kawasan terbabit.

“Setakat ini, sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Dewan Camelia Putra Height, Masjid Putra Height, Surau Mutawakkil, Masjid Kampung Johan Setia, Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Masjid An-Nur Naim, Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih dan Balai Raya Pekan Bangi Lama.

“Selebihnya adalah di Dewan MPKK Kampung Semerang, Dewan Orang Ramai Jenderam, Dewan Taman Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Dewan BNO serta Dewan Simpang 5,” katanya Norazam.

Beliau berkata demikian selepas ditemu bual Sinar Harian pada hari ini.

Gambar: Sinar Harian

Difahamkan, seramai 1,173 orang melibatkan 276 keluarga ditempatkan di PPS dan operasi tersebut melibatkan 226 anggota bomba.

“Setakat ini situasi banjir adalah terkawal dan beransur surut. Hanya beberapa kawasan sahaja banjir statik. Pemantauan melalui rondaan berkala dan juga berdasarkan cuaca dilaksanakan untuk sebarang kemungkinan,” tambahnya menerangkan keadaan itu.

Gambar: Sinar Harian

Dalam pada itu, setakat pukul 4.20 petang tadi Bernama melaporkan daerah Sepang masih dinaiki air sehingga beberapa penduduk terperangkap susulan banjir yang berlaku di Kampung Seri Tanjung, Dengkil.

Namun, mangsa diselamatkan oleh anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor.

Sumber: Sinar Harian & BERNAMA via Twitter

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana