Tanda pagar #RIPTwitter tiba-tiba menjadi treding hari ini susulan tersebar dakwaan bahawa netizen dilapor bakal meninggalkan platform tersebut dan beralih ke aplikasi-aplikasi lain bermula petang ini.
Menurut The Wrap, perkara tersebut terjadi selepas terdapat laporan bahawa berlaku pergolakan dalaman yang semakin meningkat selepas Twitter diambil alih oleh Elon Musk. Para pekerjanya didakwa mahu meletak jawatan beramai-ramai susulan tidak tahan bekerja dalam tekanan berhubung pembaharuan yang mahu dibawa manusia terkaya di dunia itu.
Beberapa pengguna melakukan ciapan terakhir di Twitter
Di laman Twitter sendiri, beberapa individu terkenal membuat hantaran tweet melalui akaun masing-masing untuk kali terakhir seperti kolumnis Daily Beast, Wajahat Ali yang memiliki 301,700 pengikut di laman tersebut.
Twitter was often a hellscape, but it was also a diverse community that rallied to help save my daughter's life. I shared her story of needing a liver donor for her Stage 4 Cancer, & thankfully @ShawnZed read the tweets, & now she's alive & a cute diva. God is good. #RIPTwitter
— Wajahat Ali (@WajahatAli) November 18, 2022
Selain itu, seorang wartawan asal Washington D.C., Aaron Rupar yang pernah melakukan pendedahan tergempar mengenai satu syarikat Musk, Tesla turut memuat naik tweet yang menggambarkan seakan-akan itu mungkin tweet terakhirnya.
if this is my very last tweet, i just gotta say one thing — I will never, ever, buy a Tesla
— Aaron Rupar (@atrupar) November 18, 2022
“Jika ini merupakan ciapan terakhir saya, saya hanya ingin katakan satu perkara—Saya tak akan, sama sekali, membeli sebuah Tesla,”
Beberapa respons lain dari pengguna Twitter
Terdapat juga ciapan yang berbaur unsur-unsur mencuit hati, dengan menampilkan meme mengenai situasi huru-hara di Twitter sekarang.
@PixelizedSunset menampilkan klip Eddie Redmayne yang sedang menangis sambil menyanyi lagu Empty Chairs at Empty Tables daripada siri Les Miserables dengan kapsyen,
the one employee left at twitter hq rn #RIPTwitter pic.twitter.com/6nWypAf8Zj
— Pixelized Sunset (@PixelizedSunset) November 18, 2022
“Hanya seorang pekerja yang ada di ibu pejabat Twitter (buat masa sekarang) #RIPTwitter .”
Bukan itu sahaja, pempengaruh media sosial, Mitchell Nagy turut tidak melepaskan peluang meluahkan isi hatinya sekiranya itu adalag tweet terakhir sebelum Twitter berkubur.
“Tuan puan, ia adalah satu keistimewaan untuk melakukan ciapan dengan anda malam ini,”
Ia disertakan bersama klip daripada filem Titanic, yang menampilkan babak beberapa ahli muzik masih bermain alat muziknya di atas dek ketika kapal itu sedang tenggelam.
Gentlemen, it has been a privilege tweeting with you tonight.#RIPTwitter pic.twitter.com/wDRHyWhwf3
— Mitchell Nagy (@mryannagy) November 18, 2022
Dalam pada itu, terdapat beberapa frasa yang turut menjadi tular pada malam tersebut seperti Goodbye Twitter, #RipTwitter dan #TwitterDown.
So, roughly 25% of the workforce at Twitter has to stay because they have work visas, and Elon says they are shutting down for the weekend.
Did he really think this "work harder or leave" ultimatum was going to work?
Everyone who can leave *is* leaving.#RIPTwitter https://t.co/1wZDPCKscO
— Holly Figueroa O'Reilly (@AynRandPaulRyan) November 18, 2022
There's no one sailing the ship. They all jumped overboard & Elon Musk is fucked. Seriously, by Monday almost 90% of the company has been laid off or quit in disgust.
See you on Tribel & maybe Mastodon.. 🤷♂️#TwitterDayofMourning #TwitterDown pic.twitter.com/c6fehawvUW
— Jeffrey Ⓥ (@LiftForever67) November 18, 2022
Walaupun ramai staf Twitter didakwa sudahpun menamatkan perkhidmatan masing-masing selepas tidak berpuas hati dengan kondisi kerja, namun The Washington Post melaporkan sebilangan kecil terpaksa bertahan selepas terikat dengan syarat-syarat visa pekerjaan mereka.
Selain itu, ketika pengumuman mengenai penutupan pejabat Twitter di San Francisco bersempena cuti, segelintir netizen mendakwa ada berkemungkinan pejabat tersebut tidak akan dibuka semula. Ia selepas wujud khabar angin bahawa mereka yang masih berkhidmat dengan syarikat tersebut akan melakukan sabotaj dari dalam.
Walau bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan berkenaan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh netizen. Carian di akaun rasmi Elon Musk juga tidak menemui sebarang jawapan yang konkrit.
Sumber: The Wrap