Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Serahan Surat Akuan Bersumpah: BN Mohon Lanjutkan Masa

zahid surat akauan bersumpah
Gambar: BERNAMA

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada YDPA dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

“BN mohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada Agong dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan,” katanya demikian dalam satu sidang media di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor mendakwa pihaknya akan memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti yang lain.

Terdahulu, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan partinya bersama bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar.

Sumber: BERNAMA