Siakap Keli
BERNAMA

Dalam Apa Jua Rundingan, Pendirian Saya Jelas Dan Tidak Akan Saya Kompromi – Hishammuddin

Dalam Apa Jua Rundingan, Pendirian Saya Jelas Dan Tidak Akan Saya Kompromi – Hishammuddin

Teka-teki Pasca PRU 15 masih lagi belum berakhir dan yang terbaharu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kiriman di Facebook menyatakan bahawa pendiriannya jelas dan tiada kompromi.

“Terdapat banyak spekulasi ketika ini tentang apa yang sedang berlaku. Dalam apa jua formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi.”

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu.”

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya; serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain,” kata beliau.

Diberitakan, Dewan Tertinggi Barisan Nasional baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat di Menara Dato’ Onn pagi tadi dan dijangka mengadakan sidang media bila-bila masa sahaja.

Masa yang diperuntukkan oleh YDP Agong sehingga jam 2 petang ini semakin hampir dan semua ahli parlimen perlu menyatakan sokongan kepada seorang calon untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

BACA: GPS Serah Kepada Kebijaksanaan YDP Agong Lantik PM Ketuai Kerajaan

Sumber: Hishammuddin Hussein

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)