Siakap Keli
ahli dewan rakyat beri kepercayaan kepada pn
Gambar: BERNAMA

PN Terima Satu Lagi Surat Akuan Berkanun, Sokong Muhyiddin Jadi PM – Hamzah

PN Terima Satu Lagi Surat Akuan Berkanun, Sokong Muhyiddin Jadi PM – Hamzah

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan partinya telah menerima satu Surat Akuan Berkanun daripada seorang Ahli Dewan Rakyat yang turut memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi dalam laman Facebook rasminya.

“PN telah menerima satu Surat Akuan Berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional untuk dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia Ke-10.

Difahamkan, Surat Akuan Berkanun itu telah dihantar ke Istana Negara pada pagi ini (Selasa).

Semalam, PN dilapor telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Jumlah Surat Akuan itu melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mengemukakan Surat Akuan Berkanun serta pencalonan PM ke-10 diserahkan hari ini pada 2 petang kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Hamzah Zainuddin via Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana