Ronaldo Catat Rekod Baharu, Jadi Manusia Pertama Miliki 500 Juta “Followers” Di Instagram
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta sejarah apabila menjadi satu-satunya manusia pertama yang memecah rekod 500 juta bilangan pengikut di platform media sosial, Instagram hari ini.
Memetik laporan Times Now News, Ronaldo merupakan salah seorang atlet sukan paling popular di dunia dan dia juga menerima bayaran yang tinggi di platform tersebut.
Selain Instagram, penyerang Manchester United itu turut mempunyai lebih 105 juta pengikut di laman Twitter manakala di Facebook pula melebihi 154 juta pengikut.

Sementara itu, Lionel Messi, Virat Kohli, Neymar, Lebron James antara atlet sukan popular yang mempunyai pengikut yang banyak di Instagram selepas Ronaldo.
Terdahulu, Ronaldo dalam satu wawancara baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya merasakan seperti dikhianati oleh United dan memaksanya keluar dari kelab itu.
Berita itu menjadi topik hangat apabila bintang Portugal itu berkata bahawa dia tidak menghormati pengurus Manchester United, Erik ten Hag ekoran pengurus itu tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya.
Ronaldo kembali semula ke Old Trafford pada Ogos 2021 dan menjadi menjadi penjaring gol terbanyak United dengan 24 gol pada musim lalu.
BACA JUGA: “Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja
Sumber: Times Now News
BACA JUGA: “BN Anggap Keputusan PRU15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami” – Zahid Hamidi