Siakap Keli

Bukan Saja-saja Reka, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Lubang Kecil Pada Pintu Lif Yang Ramai Tak Tahu

Bukan Saja-saja Reka, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Lubang Kecil Pada Pintu Lif Yang Ramai Tak Tahu

Lif adalah satu kemudahan yang digunakan oleh orang ramai terutamanya di bangunan tinggi seperti pejabat, rumah atau pusat membeli belah. Ia amat berguna sekiranya anda sedang membawa barangan atau bungkusan yang berat dan banyak untuk ke aras yang lebih tinggi.

Namun begitu, ada juga yang bimbang untuk menggunakan lif, terutamanya pada bangunan yang terlalu tinggi. Perasaan bimbang seperti lif tiba-tiba terhenti atau terjatuh selalu muncul dalam diri. Namun begitu, ramai yang tak tahu bahawa lif dibina dengan beberapa failsafe dan elemen reka bentuk yang unik untuk memastikan semua penggunanya dalam keadaan selamat.

Perasan tak ada lubang kecil pada pintu lif?

Antara ciri-ciri keselamatan yang ada pada lif adalah lubang kecil yang terdapat di pintu bahagian pintunya. Tahukah anda, lubang kecil berkenaan sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Misalnya, berlaku kegagalan kuasa atau kerosakan teknikal, pintu lif mungkin tidak akan dibuka. Apa yang anda perlu tahu, lif dilengkapi dengan pelbagi fungsi bagi menghalang pintu daripada terbuka secara rawak atau terbuka ketika berada di pertengahan antara aras.

Malah, atas faktor-faktor keselamatan juga, pintu lif dicipta untuk tidak boleh dibuka secara paksa. Jadi, ia sememangnya sukar untuk anda keluar jika terperangkap di dalam lif yang tidak berfungsi.

Jadi, disinilah lubang kecil berkenaan menjadi penting. Untuk membuka pintu lif, ia memerlukan beberapa peralatan khas yang dikenali sebagai hoistway door unlocking key. Ia akan dicucuk masuk ke dalam pintu lif melalui lubang kecil berkenaan untuk membuka pintunya ketika kecemasan.

Kunci berkenaan biasanya disimpan atau dipegang oleh beberapa individu tertentu sahaja, antaranya mekanik lif dan juga penyelia bangunan. Ia juga disyaratkan untuk disimpan di dalam kota khas, yang dikenali sebagai knox box di tempat yang selamat dan mudah diakses oleh pasukan keselamatan seperti bomba.

Jadi, itulah fungsi sebenar lubang berkenaan. Nampak biasa sahaja kan, tetapi sebenarnya ia mempunyai fungsi yang sangat penting.

BACA: Gabungan Dua Tokoh Menteri Besar Mampu Pacu Ekonomi Perak

Sumber: Reader’s Digest

Shafikah