Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan hantaran di media sosial membuat ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang warga tempatan kerana tidak berpuas hati melihat satu video berdurasi 15 saat yang dibuat suspek.
“Hasil penelitian mendapati, video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pemilik akaun lnstagram atas kenyataan ke atas YDPA dalam pemilihan Perdana Menteri Malaysia dan melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi.
“(Ia juga) serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa YDPA dalam pemilihan calon Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontijen Selangor telah melancarkan serbuan di sebuah rumah yang terletak di daerah Kajang kira-kira 10.30 malam tadi.
“Menerusi serbuan tersebut pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dipercayai merupakan pemilik akaun Instagram berkenaan,” tambahnya.
Difahamkan suspek akhirnya ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehubungan itu Arjunadi turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
Dalam masa yang sama, Arjunaidi menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba menganggu ketenteraman dan keselamatan negara.
“Mereka yang didapti berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan,” ujar Arjunaidi lagi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya telah mengetatkan kawalan keselamatan Pintu 2, Istana Negara bagi memudahkan urusan rasmi pegawai tinggi kerajaan, pemimpin parti politik.
https://www.facebook.com/PolisSelangor/posts/pfbid0RLNmVRmjSExjCz4jH8cWkeQkdW5gEdzNd5p9GaqKydarYq4UrTCr18AbguYDq1pEl
“Hasil penelitian mendapati video tersebut menyatakan ketidakpuashatian terhadap pemilik akaun Instagram atas kenyataan ke atas YDPA dalam pemili
Sumber: Polis Selangor via Facebook