Siakap Keli
ahmad zahid minta khairy bersabar
Gambar: BERNAMA

Ahmad Zahid Minta Khairy Bersabar, Pemilihan UMNO Tak Sampai 6 Bulan

Selepas Barisan Nasional (BN) gagal mendapatkan kerusi majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calonnya Khairy Jamaluddin dilihat terus bersuara supaya presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan untuk bertanggungjawab ke atas parti itu.

Setelah lama berdiam diri, semalam, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memberi komen balas meminta Khairy untuk bersabar kerana pemilihan parti itu dikatakan akan berlangsung tidak sampai enam bulan lagi.

Ahmad Zahid menyatakan individu dalam parti tersebut masih boleh bertanding bagi mendapatkan jawatan dalam UMNO.

“Sabar saudara KJ. Tunggu pemilihan (UMNO) tak sampai enam bulan pun.

“Seluruh perwakilan akar umbi UMNO juga sudah tidak sabar mahu mengundi calon pilihan mereka,” ujar Ahmad Zahid pada Rabu, seperti yang dilapor Awani.

Sebelum ini, media melaporkan, Khairy membuat satu hantaran menegaskan Ahmad Zahid tidak mempunyai keabsahan moral sebagai Presiden UMNO dan mesti berundur segera.

Khairy turut menjelaskan beliau telah melawan  Ahmad Zahid untuk jawatan Presiden UMNO sejak 2018 lagi, namun dibantah dan dinasihatkan perlu memberikannya ruang.

Sumber: Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.