Siakap Keli
Kredit: BBC

Gempa Bumi Jawa Barat: 20 Kanak-kanak Antara Yang Terkorban Selepas Sekolah Runtuh

Gempa Bumi Jawa Barat: 20 Kanak-kanak Antara Yang Terkorban Selepas Sekolah Runtuh

Gempa bumi yang melanda Cianjur, Barat Jawa Isnin lepas dilapor turut meragut nyawa 20 orang kanak-kanak selepas sebuah sekolah di wilayah tersebut runtuh sewaktu insiden bencana alam tersebut berlaku, kata salah seorang guru di sana.

Difahamkan, gempa bumi dengan kekuatan 5.6 magnitud setakat ini telah pun meragut lebih daripada 270 korban. Menurut laporan BBC, banyak mangsa korban yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah. Sekurang-kurangnya 80 buah sekolah di sekitar Cianjur terjejas dengan gempa berkenaan.

Kredit: BBC

Kejadian itu nyata memberi kesan kepada penduduk setempat, khususnya kepada ibu bapa mangsa korban. Salah seorangnya adalah Lala Latifah, ibu kepada mangsa bernama Anisa.

“Dia merupakan anak yang baik. Dia sangat patuh kepada ibubapanya. Saat ini saya masih belum mampu melepaskannya. Tetapi, in sha Allah, saya ikhlas,” kata Lala sambil menahan sebak saat ditemu bual wartawan.

Seorang lagi mangsa, Vira yang berusia lapan tahun turut terkorban. Bapanya, Ujung Nurdin, tidak dapat membayangkan dirinya perasaan yang perlu ditempuhi saat melihat mayat anaknya yang penuh dengan kesan kecederaan pada bahagian badan dan wajahnya.

Kredit: BBC

Pihak sekolah tidak sempat untuk melakukan apa-apa

Dalam pada itu, pihak sekolah tersebut mengatakan bahawa mereka dalam keadaan tidak bersedia semasa insiden tersebut berlaku.

Namun begitu, salah seorang guru di sekolah tersebut, Siti Maemun berkata, anak murid di sekolah biasanya sudah diajar langkah-langkah yang diambil sekiranya dilanda gempa bumi.

Walau bagaimanapun, gempa yang berlaku pada Isnin disifatkannya sebagai kuat sehingga mereka tidak sempat mengambil apa-apa tindakan.

Kredit: BBC

BACA: Speaker Parlimen Tunisia Ucap Tahniah Pada DSAI & PH Atas Kejayaan Dalam PRU15

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma