Siakap Keli
izzah bangga dengan anwar ibrahim
Gambar: BERNAMA

“I Love You Papa, Always Proud Of You” – Nurul Izzah

Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara rasminya berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) ke-10.

Berikutan pengumuman itu, rata-ratanya ramai yang meluahkan kegembiraan dan mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana dilantik menjadi PM setelah dua dekad berjuang.

Tumpuan media kini pastinya tertumpu kepada keluarga Anwar Ibrahim, namun sebelum sempat ditemu bual, anaknya Nurul Izzah yang pernah digelar ‘Puteri Reformasi’ menyatakan kegembiraan mengenai lantikan itu.

Dalam hantaran di Facebook, Nurul Izzah menekankan tanggungjawab yang dirangkul pastinya berat selepas pelantikan dan berkata legasi yang akan ditinggalkan kepada generasi masa depan hanya idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Ikuti perkongsian Nurul Izzah di bawah ini.

“I Love You Papa, Always Proud Of You”

Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga. 

Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.

I love you, Papa, Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.

Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

Jadikan masa depan, masa kita bersama.

Khayr, InshaaAllah.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga turut memuat naik foto ‘bersejarah’ ketika di saat ayahnya meangkat tangan sambil melaungkan ‘Reformasi’ sewaktu himpunan rakyat kira-kira 20 tahun lalu.

Kredit: FB Nurul Izzah

 

Sumber: Nurul Izzah via Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini