Siakap Keli
Gambar: Anwar Ibrahim/bernama

“Ini Satu Penghormatan,” Jokowi Pemimpin Luar Pertama Hubungi PM Ucap Tahniah

Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi pemimpin luar pertama yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook Anwar Ibrahim memaparkan presiden republik itu menghubungi Anwar melalui sebuah peranti pintar.

“Waalaikumusalam bapa presiden, terima kasih,” jawab Anwar.

“Apa khabar yang di Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat yang terpilih kepada Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

“Anwar adalah tokoh yang dikenali dan dihormati oleh rakyat di Indonesia,”jelas pemimpin negara jiran itu.

Sementara itu Anwar menjelaskan bahawa beliau menganggap itu merupakan satu penghormatan kepadanya kerana beliau menjadi antara yang paling awal menghubunginya.

“Ini menunjukkan bahawa saya kekal sahabat sejati Indonesia.

“Terima kasih awak, dan saya mengharapkan hubungan perdagangan atau perniagaan, prestasi dan budaya, persahabatan InsyaAllah dapat kita tingkatkan.

“Dan beberapa isu yang nampak terbatas termasuk soal pekerja itu dapat diluruskan dengan cara yang bersih,” kata Perdana Menteri Malaysia itu.

Selain itu, Anwar Ibrahim turut berkongsikan perbualan antara kedua pemimpin itu di media sosialnya.

“Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan bisnis, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya di Facebook.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Muhd Iqbal