Siakap Keli
Kerajaan Perpaduan Dibentuk
Gambar: Live Bernama TV

Kerajaan Perpaduan Dibentuk, Anwar Pelawa Penyertaan Parti Lain Termasuk PN

Kerajaan Perpaduan Dibentuk, Anwar Pelawa Penyertaan Parti Lain Termasuk PN

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media berkata Kerajaan yang dibentuk adalah Kerajaan Perpaduan Nasional terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau dalam sidang media khas itu berkata bahawa kerajaan baharu itu merupakan harapan yang mampu mengangkat martabat dan membela nasib mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Saya tegaskan, kerajaan ini adalah Kerajaan Perpaduan Nasional. Kerajaan Perpaduan Nasional ini meletakkan penyertaan setakat ini sehingga petang ini atau sebelum mengangkat sumpah adalah tiga kelompok terbesar, Pakatan Harapan, Barisan Nasional  dan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Anwar mengesahkan PH sebagai kelompok terbesar dalam parlimen diikuti dengan BN dengan 30 kerusi dan GPS sebanyak 22 kerusi dalam membentuk kerajaan baharu berkenaan.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan sama ada keterlibatan sebahagian parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan Nasional berlaku.

“Ini tidak menolak penyertaan parti-parti yang lain. Jadi saya akan tegaskan dalam acara pertemuan dengan rakyat yang pertama selaku Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia, mewakili semua kaum dan menjamin keharmonian semua rakyat di negara ini.

“Saya tetap menerima semua penyertaan yang lain untuk menjadikan negara ini satu. Saya juga menerima kesediaan rakan-rakan termasuk daripada Perikatan Nasional walaupun kenyataan daripada pengerusinya peringkat awal tidak begitu memberangsangkan iaitu untuk mempertikai keabsahan kita dan jumlahnya.

“Beliau mengatakan harus ada kesediaan kerajaan perpaduan mengunci kekuatan ahli parlimen,” katanya.

Terdahulu, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 telah mendapat pelbagai liputan global setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tengah hari tadi.

Antara media antarabangsa yang membuat liputan pelantikan tersebut ialah, Al JazeeraBloombergReuters AFP, CNBCBBC , The Guardian dan banyak lagi.

Sumber: Bernama TV

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?