Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tugas Ini Akan Saya Pikul Berpandu Kehendak & Nurani Rakyat”, FB Post Pertama DSAI Selepas Angkat Sumpah

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Facebook

“Tugas Ini Akan Pikul Berpandu Kehendak & Nurani Rakyat”, FB Post Pertama DSAI Selepas Angkat Sumpah

Seusai menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah membuat satu hantaran Facebook, yang merupakan hantaran fb pertamanya selepas mengangkat sumpah

Menerusi hantaran tersebut, beliau berkata amanah sebagai Perdana Menteri akan dipikul dengan mengambil kira kepentingan rakyat Malaysia.

“Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab. Tugas berat ini akan saya pikul berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan,” katanya.

Bersama hantaran tersebut, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar di sekitar Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang berlangsung di Istana Negara kira-kira pukul 5 petang tadi.

Hantaran ringkas tersebut telah meraih perhatian rakyat Malaysia dan menerima lebih 60,000 tanda suka dan dikongsi lebih 3,100 kali serta lebih 8,000 komen ditinggalkan.

Rata-rata, netizen tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Terdahulu, Pakatan Harapan yang dipimpin beliau muncul sebagai gabungan parti yang memenangi kerusi terbanyak, 82 kerusi dalam PRU 15 yang berlangsung Sabtu lepas.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan masih jauh daripada majoriti mudah 112 kerusi yang diperlukan untuk PH membentuk kerajaan.

Keadaan itu menyebabkan negara selama lima hari tidak mempunyai Perdana Menteri dan kemelut politik yang melanda menemui penghujungnya selepas Istana Negara memuat naik kenyataan yang memaklumkan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja berkenaan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya.

BACA: Selesai Angkat Sumpah, Datuk Seri Anwar Ibrahim Sah Jadi Perdana Menteri Ke-10

Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook