Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PETALING JAYA, 25 November 2022 — Ejen Ali mengumumkan pendaftaran EJEN ALI MISI : RUSH 2.0 VIRTUAL RUN telah dibuka pada hari ini. Larian maya ini akan berlangsung bermula 1 sehingga 31 Disember 2020 bertempat di lokasi rahsia pilihan masing-masing!
Larian maya pertama Ejen Ali kali ini didatangkan dengan konsep yang unik, hasil daripada kolaborasi bersama Primeworks Studios, WAU Animation serta Marhaen.my.
Selaras dengan jalan cerita MATA Arena yang dipaparkan dalam Ejen Ali Musim 3 (kini boleh distrim di Disney+ Hotstar), Ejen Ali menjemput semua peminat untuk menyokong Teras kegemaran mereka; sama ada Neuro, Inviso, Tekno atau Kombat. Setiap Teras akan dilengkapi kit larian eksklusif yang mengandungi jersi larian yang direka khas berdasarkan pakaian seragam Ejen MATA, Pingat & Lanyard, Pek Pelekat, Magnet serta E-Sijil.
Prestasi individu hendaklah di log setiap minggu di laman web rasmi https://ejenalirush.marhaen.my/ dan Ejen di tangga teratas berpeluang untuk dipaparkan di dalam MATAArena Hall of Fame.
Harga promosi awal kini boleh didapati di laman web rasmi https://ejenalirush.marhaen.my/ pada RM66 seorang, bermula 24 sehingga 30 November sahaja, sebelum kembali ke harga asal RM99 seorang selepas tempoh tersebut. Diskaun sebanyak RM10 akan diberikan kepada setiap pembelian berkumpulan dua (2) orang atau lebih selepas tempoh promosi awal berakhir.
Peserta berdaftar akan menerima kit larian melalui pos selepas acara EJEN ALI MISI: RUSH 2.0 VIRTUAL RUN selesai, dijangka antara 15 sehingga 31 Januari 2023. Ejen-ejen yang ingin mewakili MATA dengan lebih bergaya juga boleh mendapatkan gear eksklusif seperti topi MATA Arena (bernilai RM 89) dan bekas air berteknologi tinggi (bernilai RM 59) buat masa terhad.




