Siakap Keli
gali terowong banduan tersekat
Gambar: Opera News

Lima Tahun Banduan Gali Terowong Nak Lari Penjara, Sudahnya Gagal Badan Tersekat

Apabila frasa ‘prison break’ disebut, perkara pertama yang terlintas semestinya berkait dengan sebuah drama bersiri kisah banduan mahu melarikan diri dari penjara yang ditayangkan di kaca tv beberapa tahun lalu.

Namun segelintir orang awam juga mungkin tidak mengetahui bahawa perkara tersebut rupanya boleh berlaku dalam kehidupan sebenar.

Tapi apa yang ‘menyedihkan’, usaha keras selama bertahun-tahun semata-mata mahu bebas akhirnya berakhir dengan kesilapan yang langsung tidak sepatutnya terjadi.

Tular pada masa dahulu, seorang banduan warga Brazil yang dikenali sebagai Raphel Valadao, membuat perkara sedemikian namun tindakannya telah mengundang maut kepada dirinya sendiri.

Memetik Opera News, cerita tersebut berlaku pada tahun 2012, di mana pada awalnya Raphel dan beberapa banduan yang lain menggali terowong secara aktif selama lima tahun untuk melarikan diri dari penjara.

Namun usaha yang dijalankannya tidak membuahkan hasil ekoran perkara buruk terjadi semasa dia sedang mahu melarikan diri menggunakan terowong itu.

Raphel mempunyai berat badan yang agak berlebihan dan ketinggiannya yang agak melebihi paras biasa. Tiada siapa yang sangka, badannya merupakan penyumbang utama kepada tragedi buruk itu.

Apabila tiba masa untuk melarikan diri, Raphel memasukkan badannya ke dalam terowong dan ketika tiba di penghujung, separuh badan bahagian atas sudah berada di luar tetapi separuh lagi tidak dapat melepasinya.

Kredit: Opera News

Segala usaha telah diberikan bagi membolehkannya keluar tetapi Raphel akhirnya menerima hakikat bahawa separuh badan bahagian bawahnya tidak dapat melepasi terowong itu dan tersepit.

Tidak lama selepas itu, Raphel pengsan kerana banyak mengeluarkan tenaga hingga memaksanya untuk meminta pertolongan dengan cara menjerit.

Manakala beberapa banduan yang lain membantu memaksanya dengan menolaknya melalui lubang yang dibuat dengan pancuran logam.

Sementara itu, mereka juga cuba menolaknya tetapi dia tidak berganjak dan mula menjerit kesakitan. Pada saat itu, pengawal penjara datang dan melihat keadaannya yang terperangkap dalam lubang itu.

Kredit: Opera News
Kredit: Opera News

Dia diselamatkan selepas pasukan penyelamat (di bawah polis) merempuh dinding untuk melepaskannya, sebelum dikejarkan ke hospital untuk dirawat kerana tulang rusuknya disyaki  patah.

Apabila polis membawanya pulang ke dalam sel, mereka menemui sebuah beg pakaian yang dijangkakan untuk dibawa lari semasa Raphel dalam percubaan melarikan diri menggunakan terowong berkenaan.

Jurucakap polis tentera Koperal Cesar berkata terdapat empat banduan di dalam selnya dan banduan yang berjaya melarikan diri telah melemparkan beg pakaian ke atas pagar untuk diambil oleh rakan yang lain.

Seperti yang dilapor Opera News, kejadian tersebut dipercayai tergolong daripada salah satu kisah ‘prison break’ yang paling teruk pernah terjadi dalam lembaran sejarah dunia penjara dan banduan.

Sekiranya anda fikir anda dah melalui banyak perkara dalam hidup, ingatlah bahawa ada seseorang di penjara bergelut untuk melarikan diri dengan membuat perancangan selama lima tahun tetapi masih tertangkap disebabkan kesilapan yang tidak dijangka.

Sumber: Opera News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana